Ops Ihsan Malaysia hantar 50 tan bantuan kepada rakyat Palestin 

Penghantaran pertama melibatkan 20 tan barang dan ia dijangka dihantar esok manakala penghantaraan seterusnya dijangkakan pada minggu hadapan

12:27 PM MYT

 

SEPANG – Sejumlah 50 tan barangan bantuan kemanusiaan bernilai hampir RM7 juta berjaya dikumpulkan oleh 44 badan bukan kerajaan (NGO) sejak Ops Ihsan ke Gaza, Palestin dilancarkan pada 20 Oktober lalu.

Menurut Penyelaras Lojistik Ops Ihsan, Yusuf Danial, antara barangan bantuan kemanusiaan yang dikumpulkan ialah bekalan perubatan serta barangan keperluan seharian seperti lampin bayi dan dewasa, tuala wanita, botol susu, selimut, tilam toto, beg tidur musim sejuk, pakaian musim sejuk dan juga khemah.

Selain itu, katanya, makanan yang turut disumbangkan ialah susu tepung dan makanan bayi, biskut kering, makanan dalam tin serta makanan sedia dimakan (ready-to-eat-meals).      

“Ada juga yang menyumbangkan alat tulis, buku mewarna dan permainan bagi kanak-kanak seperti anak patung dan mainan sebagai ‘Psychological First Aid (PFA)’. 

“Ia adalah satu pendekatan yang dibina atas konsep ketahanan manusia, bertujuan untuk mengurangkan tekanan serta membantu mereka ke arah pemulihan yang sihat,” katanya kepada Scoop ketika ditemui di sini, semalam. 

Yusuf Danial berkata barangan yang disumbangkan itu antaranya merupakan barangan bayi, wanita dan keperluan asas. – Gambar dari Facebook, 2 November, 2023

Ops Ihsan merupakan inisiatif yang dilancarkan oleh Kementerian Luar bersama 44 buah NGO, antaranya Global Peace Mission Malaysia, Mercy Malaysia, BeVital, MyAqsa Defenders, ABIM,  Aman Palestin,  Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Cinta Gaza Malaysia dan juga Malaysian Relief Agency (MRA).

Kesemua barangan bantuan kemanusiaan tersebut kini ditempatkan di gudang Majlis Perundingan Pertubuhan Islam (MAPIM) di Bandar Serenia, Sepang dan akan dihantar secara berperingkat.

Antara barangan bantuan kemanusiaan yang dikumpulkan untuk diserahkan kepada penduduk Palestin. – Zaidatul Syreen Abdul Rashid/Scoop, 2 November, 2023

Penghantaran pertama melibatkan 20 tan bantuan kemanusiaan dan ia dijangka dihantar esok manakala penghantaraan seterusnya dijangkakan pada minggu hadapan.

Barangan bantuan kemanusiaan Ops Ihsan ini akan diterbangkan dengan kapal terbang kargo yang disewa khas oleh kerajaan Malaysia ke El-Arish, Mesir dan ia akan diserahkan kepada Bulan Sabit Merah Mesir untuk dibawa masuk menerusi sempadan Rafah sebelum disalurkan kepada penduduk Gaza melalui Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin.  

@scoopdotmy

Ops Ihsan Malaysia hantar 50 tan bantuan kepada rakyat Palestin  Sejumlah 50 tan barangan bantuan kemanusiaan bernilai hampir RM7 juta berjaya dikumpulkan oleh 44 badan bukan kerajaan (NGO) sejak Ops Ihsan ke Gaza, Palestin dilancarkan pada 20 Oktober lalu. Penghantaran pertama melibatkan 20 tan barang dan ia dijangka dihantar esok manakala penghantaraan seterusnya dijangkakan pada minggu hadapan. Ops Ihsan merupakan inisiatif yang dilancarkan oleh Kementerian Luar bersama 44 buah NGO.

♬ original sound – Scoopdotmy

Sejak Israel memulakan perang ke atas Gaza pada 7 Oktober lalu, lebih 8,000 orang terkorban malah Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan sebahagian besar adalah wanita dan kanak-kanak. 

Dianggarkan juga kira-kira 3,195 kanak-kanak telah terkorban di Gaza dan angka itu melebihi jumlah yang terkorban setiap tahun dalam konflik bersenjata di seluruh dunia sejak 2019, demikian menurut Save the Children.

Kira-kira 500 sukarelawan datang setiap hari bagi membantu membungkus bantuan kemanusiaan ini untuk dihantar ke Palestin. – Zaidatul Syreen Abdul Rashid/Scoop, 2 November, 2023

Mengulas lanjut mengenai misi berkenaan, Yusuf berkata jumlah sukarelawan yang membantu amat luar biasa.

“Dengan mudah, kira-kira 500 sukarelawan datang sehari. Majoriti adalah penuntut universiti dan mereka dari golongan muda yang ingin mengikut ibu bapa mereka untuk mendapatkan pengalaman.

“Ada juga beberapa warga asing yang singgah. Saya benar-benar kagum dengan tingkah laku rakyat Malaysia secara keseluruhannya. 

“Cukup bagus melihat kita berdiri teguh bersama bagi membantu mereka yang memerlukan”, tambah beliau. – 2 November, 2023

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Elderly, disabled face ‘roadblocks’ as public transport goes fully digital

Consumer group urges government and public transport companies to be more inclusive with digitalisation approach

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related