Penamatan subsidi ayam bukan alasan peniaga cekik darah, ‘ia sepatutnya membuka ruang…’

Mengulas langkah Mydin meletakkan harga ayam RM7.99 sekilogram, Ameer berharap ia menjadi contoh dan penanda aras buat peniaga untuk terus menjual produk itu pada nilai berpatutan

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Meskipun subsidi dan kawalan harga ayam ditamatkan mulai hari ini, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk peniaga sewenang-wenangnya menjual bahan mentah itu pada harga melampau.

Sebaliknya, penamatan itu sepatutnya membuka ruang kepada peniaga untuk bersaing memberikan harga terbaik kepada pengguna.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin berkata, justeru pihaknya akan terus menawarkan harga jualan ayam berpatutan supaya ia tidak membebankan pengguna.

“Untuk seminggu ini, Mydin jual RM7.99 sekilogram ayam. Minggu depan, kami tidak tahu lagi sebab harga kami memang akan berubah seminggu sekali mengikut keadaan semasa, tapi kami tetap akan pastikan ia tidak membebankan.


“Malah, di Mydin, kami tidak letakkan had contohnya hanya 100 pembeli terawal yang dapat harga sebegitu, sebaliknya memang semua akan nikmati harga sama tiada had unit,” katanya kepada Scoop.

Datuk Ameer Ali Mydin. – Gambar Bernama, 1 November, 2023

Mengulas mengenai langkah Mydin meletakkan harga ayam pada paras RM7.99 sekilogram, Ameer berharap ia menjadi contoh dan penanda aras buat peniaga ayam untuk terus menjual produk itu pada nilai berpatutan serta tidak mencekik darah.

“Kita jual pada harga ini sebab nak letak harga benchmark (penanda aras) sebab takut nanti, ada penjual mengenakan harga hingga RM12 sekilo.

“Bila penjual lain nampak harga Mydin RM7.99, harap mereka akan segan nak letak harga tinggi. Kalau jual dalam RM9.40, ikut harga siling dahulu itu boleh diterima lagi,” katanya.

Ameer turut menambah, sekiranya Mydin terpaksa menaikkan harga ayam untuk mengikut keadaan semasa, beliau memberi jaminan bahan basah di bawah jenamanya itu, tidak akan menjual lebih daripada RM9.40.

“Kalau kos naik, Mydin (beri jaminan) tidak akan naik harga melebihi harga siling dahulu, iaitu RM9.40,” katanya.

Sementara itu, menerusi pemerhatian Scoop di beberapa pasar raya sekitar Lembah Klang hari ini, harga ayam yang dijual di premis berkenaan adalah antara RM7.59 hingga RM9.50 sekilogram.   

Terdahulu, kerajaan bersetuju subsidi harga ayam ditamatkan sepenuhnya bermula hari ini.

Penamatan subsidi secara pukal bagi ayam itu, dilaksanakan demi mengurangkan ketirisan subsidi yang turut dinikmati warga asing dan golongan berpendapatan tinggi.

Langkah penamatan subsidi ayam
itu diputuskan selepas mengambil kira situasi dan trend semasa bekalan serta harga ladang, selain kos pengeluaran ayam mula stabil yang menyumbang kepada harga pasaran semasa kini di bawah harga siling. – 1 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related