Apungan harga ayam: RM9.40 hingga RM9.60, itulah sewajarnya

Kadar itu disifatkan bersesuaian dan mewujudkan situasi ‘menang-menang’ kepada semua, terutama peniaga serta pengguna

10:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Susulan penamatan harga siling ayam dan nilai itu kini diapungkan, ramai tertanya-tanya berapakah harga baharu yang wajar dijadikan penanda aras bagi bahan mentah terbabit.

Timbalan Pengerusi Persatuan Penternak Ayam Negeri Selangor (PPANS), Idrus Zainal berpendapat, ayam standard sekilogram (kg) wajar dijual sekitar RM9.40 hingga RM9.60 selepas pengapungan harga.

Katanya, kadar itu disifatkan bersesuaian dan mewujudkan situasi ‘menang-menang’ kepada semua, terutama penternak serta pengguna.

“Penternak menanggung kos tinggi bagi makanan dan penjagaan (ayam), malah tiada lagi subsidi RM0.80 sen kepada penternak selepas kerajaan mengumumkan langkah itu. Selepas pengapungan ini, harga ayam RM9.40 hingga RM9.60 per kg adalah berpatutan, mengambil kira kos penternak yang sudah tidak menerima subsidi.

“Kos ditanggung penternak tidak turun, malah meningkat. Seekor anak ayam dulu RM2 sekarang dah RM2.80, ada cecah RM3 dan harga dedak juga meningkat sekali ganda, dulu RM80 per 50 kg, sekarang RM160.

“Jadi kita harap apabila tiada lagi kawalan harga, biarlah harga ditentukan oleh penawaran dan permintaan, beri keuntungan kepada semua pihak,” katanya kepada Scoop.

Idrus Zainal berkata kadar berkenaan adalah sesuai dan mewujudkan situasi menang-menang antara semua pihak. – Gambar dari media sosial, 1 November, 2023

Terdahulu, kerajaan bersetuju subsidi harga ayam ditamatkan sepenuhnya bermula hari ini.

Penamatan subsidi secara pukal bagi ayam itu, dilaksanakan demi mengurangkan ketirisan subsidi yang turut dinikmati warga asing dan golongan berpendapatan tinggi.

Langkah penamatan subsidi ayam itu diputuskan selepas mengambil kira situasi dan trend semasa bekalan serta harga ladang, selain kos pengeluaran ayam mula stabil yang menyumbang kepada harga pasaran semasa kini di bawah harga siling.

Mengulas lanjut, Idrus berkata, selepas langkah pengapungan itu dilaksanakan, pihaknya tidak menolak ada pihak akan bersaing menjual pada harga rendah atau tidak terlalu tinggi.

“Kebiasaanya apabila pengapungan harga, dalam tempoh empat bulan, harga ayam naik, mungkin boleh cecah sehingga RM10 per kg.

“Jadi dalam tempoh kitaran ini, penternakan ayam bertambah dan pengeluaran meningkat, bekalan yang ada ini tidak boleh simpan dan perlu dijual. Selepas kitaran itu kita akan lihat harga turun, lebih stabil dan konsisten,” katanya.

Beliau berkata, keuntungan diraih penternak tidaklah terlalu tinggi, sebaliknya hanya sekitar RM0.50 hingga RM0.70 sen bagi seekor ayam.

“Katakanlah anak ayam yang diternak 500,000 ekor, kalau RM0.50 sen seekor, dapatlah untung RM250,000.

“Tapi, kalau bagi penternak dengan pengeluaran kecil 20,000 atau 30,000 ekor, keuntungan kecil, kena tingkatkan pengeluaran mereka,” katanya. – 1 November, 2023

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Adakah Petronas akan kurangkan pekerja untuk atasi kerugian daripada perjanjian dengan Petros?

Sumber mendakwa syarikat minyak dan gas negara dijangka mengalami kerugian hasil sebanyak 30% sebaik formula yang dipersetujui untuk pengagihan gas asli di Sarawak dilaksanakan

Related