Apungan harga ayam wujud saingan harga ‘sihat’: FLFAM

Menurut Jeffrey, kebanyakan harga bahan mentah itu dijual di bawah RM8 sekilogram

6:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tanggapan dan dakwaan orang ramai bahawa harga ayam naik apabila diapungkan meleset apabila langkah tersebut sebenarnya mewujudkan persaingan harga ‘sihat’ bagi bahan mentah itu dalam kalangan peniaga.

Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng berkata, kebanyakan pasar raya menjual ayam di bawah harga RM8 sekilogram (kg) selepas subsidi dan kawalan harga bahan mentah itu ditamatkan bermula hari ini.

“Jangan disebarkan persepsi bila harga diapung, harga ayam akan naik. Hari ini kita lihat harga tidak naik mendadak, malah ada pasar raya yang berlawan harga, persaingan lagi hebat, siapa dapat untung?.

“Jadi pengguna untung dapat harga ayam murah dan berpatutan. Kerajaan pula untung kerana subsidi boleh digunakan untuk perkara lain dan peniaga serta perusahaan juga mendapat untung,” katanya kepada Scoop.

Datuk Jeffrey Ng berkata harga yang ditawarkan dii pasaran hari ini adalah harga selepas diapungkan. – Azim Rahman/Scoop, 1 November, 2023

Jeffrey berkata, harga yang ditawarkan di pasaran hari ini (selepas harga diapung) disifatkan sebagai harga tawaran daripada penternak untuk menggembirakan pengguna.

“Kalau hendak kira kos (penternak), kos lebih tinggi daripada ini, tapi sebab harga dah diapung, kalau penternak hendak tawar harga berpatutan atau murah kepada pengguna, mereka akan dapat harga murah. Ini pasaran bebas, kalau harga dikawal, tidak akan dapat harga sebegini.

“Kalau dulu harga siling ditetapkan RM9.40, dan penternak dapat subsidi RM0.80 sen daripada kerajaan. Sekarang bila diapung, ada harga ayam lagi kurang dari harga siling. Jadi sebab subsidi dah tiada, 80 sen dan tambahan kerugian lain (harga tinggi dedak) itu ditanggung penternak.

“Jadi, itulah sebab kita hendak semua pengguna faham situasi sekarang. (Mereka) Dapat harga lumayan, harga baik jadi makan ayam banyak sikit, bantu penternak dapat keuntungan dan tingkatkan pengeluaran,” katanya.

Datuk Jeffrey Ng berkata, apabila harga ayam diapungkan, harga bahan mentah itu tidak semestinya naik mendadak. – Gambar Azim Rahman/Scoop, 1 November, 2023

Beliau berkata, pihaknya sudah beberapa kali menjelaskan bahawa apabila harga ayam diapungkan, harga bahan mentah itu tidak semestinya naik mendadak.

“Dulu awal 2022 kerajaan apungkan harga ayam, cuma dikawal ketika perayaan, tiada isu pun dalam mekanisme itu. Jadi kenapa perlu jadi isu sekarang.

“Kalau ada pihak atau peniaga yang menjual dengan harga melampau atau melanggar anti pencatutan, kerajaan sepatutnya ambil tindakan penguatkuasaan,” katanya.

Kelmarin, kerajaan bersetuju subsidi dan kawalan harga ayam ditamatkan sepenuhnya bermula hari ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, penamatan subsidi secara pukal bagi ayam dilaksanakan demi mengurangkan ketirisan subsidi yang turut dinikmati oleh warga asing dan golongan berpendapatan tinggi. – 1 November, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Related