Kerajaan akan terus perkasa pengurusan air negara: Anwar

Kerajaan juga mengambil perhatian serius terhadap isu pencemaran air

9:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan terus memperkasa pengurusan air negara melalui Dasar Air Negara yang akan dimuktamadkan selepas sesi libat urus dengan Kerajaan Negeri dilaksanakan.

“Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Air Negara Ke-5 (MAN 5) sebagai platform penting di antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri yang bertanggungjawab menetapkan dasar, hala tuju dan pendekatan berhubung dengan pengurusan dan pembangunan air negara,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Bagi mengurangkan risiko bencana berkaitan dengan kegagalan empangan yang memberi ancaman kepada rakyat, Anwar berkata, Pusat Teknikal Empangan dan Infrastruktur Air (PTE) akan diselaraskan dengan menempatkan pegawai-pegawai yang berpengalaman merentas kepakaran untuk melaksanakan pengawasan dan pemeriksaan daripada aspek keselamatan dan teknikal empangan secara berpusat.

Menurut Anwar kerajaan juga mengambil perhatian serius terhadap isu pencemaran air dan beliau telah mengarahkan semua jabatan / agensi di peringkat Persekutuan untuk memantau dan mengambil tindakan sewajarnya dengan kerjasama kerajaan negeri berdasarkan Laporan Status Kualiti Air Sungai Negara.

“Saya singgung akan keperluan kita untuk mengimbangi ketersediaan serta keperluan air negara dengan menguruskan sumber air dengan lebih efektif berdasarkan prinsip tatakelola yang terbaik supaya ia boleh digunakan secara optimum bagi memenuhi keperluan rakyat,” katanya. – 31 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

MCMC recorded nearly 9,500 reports on cyberbullying in the last three years

Online scams are just behind with 9,321 complaints; 143 reports on child sexual content

Related