‘Saya bukan Islam, saya minum apa salahnya?’ soal King Sing

Datuk Seri Tiong King Sing berkata, semua pihak perlu saling menghormati supaya keharmonian dapat dicapai

6:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing mempertahankan tindakannya meminum minuman beralkohol dan menari ketika meraikan festival bersama penduduk di Pelangai, Bentong.

Ahli Parlimen Bintulu itu berkata, tidak menjadi kesalahan baginya untuk minum minuman tersebut kerana beliau bukan Islam.

“Contohnya MP (Ahli Parlimen) Masjid Tanah (Datuk Mas Ermieyati Samsudin) kata saya mabuk, saya minum (arak), saya bukan orang Islam, saya minum apa salahnya?

“Saya pergi Pelangai sana (semasa Pilihan Raya Kecil (PRK)), mereka ajak saya menyertai Festival Tanglung, saya minum, saya bermain dengan budak-budak macam orang ‘gila’ sikit apa salahnya? Itu kebudayaan Cina, tiada masalah.

“Jangan cerita bukan-bukan, kalau awak hebat nak bagi perkhidmatan kepada rakyat, buat sedemikian boleh, tapi jangan komen (hal ehwal) lain bangsa. Jangan jejaskan keharmonian dan perpaduan negara kita,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada 16 Oktober lalu Mas Ermieyati secara sinis menegur King Sing yang dianggapnya tidak sesuai menjalankan tugas sebagai menteri yang menjaga hal ehwal pelancongan, seni dan budaya.

Hal itu kerana, dakwa Ahli Parlimen Bersatu-PN itu, King Sing seolah-olah mahu memperkenalkan Malaysia dengan cara mabuk dan menari di khalayak ramai.

Mengulas lanjut, King Sing berkata, semua pihak perlu saling menghormati supaya keharmonian dapat dicapai.

“Saya tahu Masjid Tanah ingat mungkin dia hebat, dulu ada dalam kementerian saya sebagai timbalan menteri, dia pasti tahu apa tugasnya.

“Kalau saya orang Islam saya tidak boleh buat seperti itu, (tapi) kerana saya bukan Islam, saya boleh buat, semua boleh,” katanya. – 31 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related