Azmir Saifuddin dilantik Ketua Pegawai Eksekutif FINAS berkuat kuasa esok

Pelantikan itu adalah bagi tempoh dua tahun, iaitu hingga 31 Oktober 2025

4:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Azmir Saifuddin Mutalib dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) baharu, berkuasa 1 November.

Menerusi kenyataannya, FINAS berkata, pelantikan itu adalah bagi tempoh dua tahun, iaitu hingga 31 Oktober 2025.

“Berkelulusan Ijazah Pengkomputeran daripada Universiti Sheffield Hallam United Kingdom, beliau memulakan kerjaya di Bahagian Kreatif Multimedia, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) serta pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan di Base FX.

“Berdasarkan kepakaran dan pengalaman yang luas dalam industri kreatif, FINAS yakin beliau mampu menggalas serta melaksanakan tanggungjawab untuk memacu industri filem Malaysia ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Azmir Saifuddin ketika dihubungi Scoop berkata, beliau kembali semula ke FINAS dengan memikul tanggungjawab lebih berat kali ini.

“Saya akan cuba lihat apa yang perlu dilakukan untuk membangunkan lagi FINAS demi kemajuan industri perfileman tanah air.

“Dalam beberapa hari ini, saya akan menghadiri beberapa mesyuarat termasuk mengenal pasti kelemahan serta ruang yang boleh diperbaiki di FINAS.

“Apa yang penting saya akan berkongsi banyak kisah kegemilangan FINAS yang selama ini tidak begitu ditonjolkan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi FINAS, Datuk Kamil Othman menyambut baik perlantikan Azmir kerana figura tersebut mempunyai banyak pengalaman bersama FINAS sebelum ini.

“Dia sangat memahami FINAS dan kerana itulah dia dilihat sebagai sosok yang mampu memacu FINAS ke hadapan,” katanya.

Untuk rekod, Azmir Saifuddin pernah menggalas tugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah FINAS pada 1 Januari 2017 dan Pengarah Kanan Bahagian Komersial FINAS sebelum itu.

Beliau mengisi kekosongan kerusi itu yang sebelum ini diterajui Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) FINAS, Rozita Waty Ridzuan dalam tempoh interim.

Pada 1 Jun lalu, FINAS mengumumkan kontrak Prof Md Nasir Ibrahim sebagai CEO agensi itu sudah tamat.

FINAS berkata, keputusan menamatkan kontrak Md Nasir dibuat sebagai langkah penstrukturan semula badan berkenaan agar dapat membawa perubahan kepada industri perfileman tanah air.

Sebelum ini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) atau sekarang Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) mengumumkan pelantikan Md Nasir sebagai CEO baharu FINAS bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 November 2021 sehingga 30 Oktober 2023.

Pelantikan Md Nasir bagi menggantikan bekas CEO FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang meletakkan jawatan dan mengakhiri tugas berkuat kuasa pada 15 Oktober 2021. – 31 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related