Annuar, Shahidan dilantik AJK PAS Pusat

Pada pelantikan itu juga, Ahli Parlimen Bachok dipilih memegang jawatan Penolong Setiausaha Agung 3 parti terbabit

11:37 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas pemimpin Umno, Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Shahidan Kassim antara sembilan nama yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS.

Pelantikan itu dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat semalam yang diadakan bagi melantik AJK serta Pesuruhjaya PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pelantikan jawatan yang dicadang dan dipersetujui dalam mesyuarat itu dibuat berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan Fasal 26 Perlembagaan parti berkenaan.

“Tujuh AJK lain yang dilantik adalah Nasrudin Hassan, Mohd Yusni Mat Piah, Wan Rohimi Wan Daud, Mohd Zuhdi Marzuki, Datuk Dr Nik Muhammad Zawwi Salleh, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Dr Mohd Mazri Yahya,” katanya menerusi kenyataan.

Shahidan, 72, membuat keputusan bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) yang turut disertai PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), selepas namanya digugurkan Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi Parlimen Arau.

Malah, beliau yang sebelum itu bersama Umno selama puluhan tahun, mengumumkan menyertai PAS dan memaklumkan ia kerana mahu berjihad dan mencari keredaan Allah.

Annuar pula menyertai PAS selepas dilucutkan keahlian Umno, susulan didapati melanggar Fasal 20.9 Perlembagaan Umno mengikut Fasal 10.6.

Namun, selepas disingkirkan, beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Ketereh memperkenalkan NGO baru dikenali Muafakat Nasional dan mengumumkan bersama PAS.

Beliau berkata, Khairul Faizi Ahmad Kamil dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung 1 PAS dan Khairul Fahmi Mat Som (Penolong Setiausaha Agung 2 PAS).

Katanya, manakala, Ahli Parlimen Bachok yang juga Setiausaha Politik Presiden PAS, Mohd Syahir Che Sulaiman dilantik memegang jawatan Penolong Setiausaha Agung 3 parti itu.

Takiyuddin berkata, 14 individi dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS negeri dan Wilayah Persekutuan, iaitu seperti berikut:

1.Mohd Shukri Ramli – Pesuruhjaya Perlis
2.Datuk Ahmad Saad @ Yahaya – Pesuruhjaya Kedah
3.Datuk Ahmad Yakob (Dato’ Bentara Kanan) – Pesuruhjaya Kelantan
4.Senator Datuk Husain Awang – Pesuruhjaya Terengganu
5.Muhammad Fauzi Yusoff – Pesuruhjaya Pulau Pinang
6.Razman Zakaria – Pesuruhjaya Perak
7.Rosli Abdul Jabar – Pesuruhjaya Pahang
8.Datuk Dr Ab Halim Tamuri – Pesuruhjaya Selangor
9.Azhar Yahya – Pesuruhjaya Wilayah Persekutuan
10.Rafiei Mustapha – Pesuruhjaya Negeri Sembilan
11.Zulkifli Ismail – Pesuruhjaya Melaka
12.Abdullah Husin – Pesuruhjaya Johor
13.Dr Aliakbar Gulasan – Pesuruhjaya Sabah
14.Jofri Jaraiee – Pesuruhjaya Sarawak

Menerusi kenyataan sama, Takiyuddin berkata, mesyuarat itu memperakukan pendirian dan tindakan PAS berhubung situasi terkini politik dalam negara dan luar negara.

“(Ia) khususnya konflik Palestin yang masih berterusan,” katanya. – 31 Oktober, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Related