KKM cadang ambil tindakan jika PLSB tidak setuju dengan bayaran tuntutan balik 104 ventilator

KKM juga meneliti semula bayaran naik taraf berjumlah RM3,975,380.00 bersama PLSB dan perbincangan mengenai perkara ini masih dalam tindakan

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas beberapa siri perbincangan diadakan antara Kementerian Kesihatan (KKM) dan Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd (PLSB), KKM mengambil tindakan mengeluarkan notis tuntutan pembayaran balik kos pembekalan 104 ventilator yang tidak boleh digunakan.

Notis tuntutan bayaran balik itu berjumlah RM15,3 juta, demikian laporan ‘Pengurusan Wabak COVID-19: Vaksin Luput Tempoh Hayat, Peralatan Ventilator Tidak Dapat Digunakan dan Lebihan Peralatan Perlindungan Diri (PPE)’, dibentang semalam.

Selain itu, KKM juga meneliti semula bayaran naik taraf berjumlah RM3,975,380.00 bersama PLSB dan perbincangan mengenai perkara ini masih dalam tindakan.

“Tindakan susulan selepas PAC ialah cadangan oleh KKM jika tuntutan bayaran balik bagi 104 ventilator (yang tidak dapat digunakan itu) dipersetujui oleh PLSB, maka ventilator terbabit akan dikembalikan kepada PLSB.

“Ia tidak akan disumbangkan kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam,’’ katanya.

Namun selaras dengan pandangan Pejabat Penasihat Undang-Undang KKM, jika PLSB tidak bersetuju dengan bayaran tuntutan itu maka tindakan undang-undang selanjutnya akan diambil.

Mengenai tindakan terhadap lebihan Personal Protective Equipment (PPE), laporan tersebut menyebut simpanan stok berkenaan masih diperlukan sebagai langkah kesiapsiagaan dalam menghadapi peningkatan semula kes Covid-19 serta ancaman baru seperti monkepox.

“Selaras dengan Pelan Pengurusan Krisis dan Bencana Bagi Perkhidmatan Farmasi KKM, item PPE tempoh simpanan stockpile bagi 11 kategori PPE yang diperlukan bagi tujuan saringan, kawalan dan rawatan Covid.

“Baki stok dijangka bertahan sehingga Januari 2026 berdasarkan kadar penggunaan semasa dan semua stok dijangka dapat digunakan sebelum luput tarikh (penghujung 2026),’’ katanya. – 31 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related