Sekolah akan pastikan Minggu Solidariti Palestin ikut garis panduan KPM

Guru besar sekolah berkata, video yang ditayangkan mengikut garis panduan kementerian, tiada unsur keganasan serta sesuai untuk pelajar sekolah rendah

6:44 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Sebuah sekolah rendah di ibu kota akan memastikan Minggu Solidariti Palestin yang dianjurkannya mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan iaitu tiada unsur keganasan, diskriminasi dan tidak menyentuh isu sensitif serta sesuai dengan penerimaan pelajar.

Jaminan berkenaan diberikan oleh guru besar sekolah itu, yang enggan dinamakan.

“Kami tidak akan menggunakan video yang ada unsur keganasan termasuk membakar bendera (Israel), kalau ada seperti itu, saya akan bagi amaran.

“Kami akan memastikan sesuai untuk murid sekolah rendah kerana penerimaan murid di peringkat ini berbeza dengan murid sekolah menengah.

“Video itu ada garis panduan, kami akan ambil video yang tiada unsur rasis sebab sekolah kami ada pelajar bukan Islam, iaitu seramai 90 orang jadi video itu akan lebih kepada bersifat kemanusiaan,” katanya kepada Scoop.

Kementerian Pendidikan (KPM) sebelum ini memaklumkan akan melaksanakan Minggu Solidariti Palestin di semua institusi kelolaannya bermula 29 Oktober hingga 3 November ini.

Bagaimanapun beberapa pihak menggesa KPM membatalkan penganjuran program berkenaan.

Ia susulan gambar tular yang menunjukkan murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sebuah sekolah di Meru, Klang memegang senapang mainan dengan lilitan kepala.

Guru sekolah terbabit yang enggan dinamakan berkata, ia merupakan sebahagian daripada acara sambutan hari sukan tahunan sekolah dan tidak timbul isu menyemai semangat keganasan dalam kalangan murid-murid.

Dalam pada itu, guru besar terbabit berkata, sekolahnya turut menggunakan video klip lagu ‘Palestine will be free’ nyanyian Maher Zain hari ini yang menceritakan mengenai keberanian dan ketabahan penduduk Palestin.

Antara aktiviti yang dilaksanakan sekolah itu ialah aktiviti mewarna, melukis poster, bacaan Yassin dan solat hajat kepada murid-murid Islam. – 30 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related