Israel arah Hospital al-Quds segera dikosongkan, berisiko dibom

Hospital tersebut menyediakan penjagaan kepada ratusan pesakit yang cedera, termasuk mereka yang berada di ICU dan bayi baru lahir di dalam inkubator

9:12 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) semalam mendedahkan mereka menerima “ancaman serius” daripada tentera Israel untuk “segera mengosongkan” Hospital al-Quds di Gaza kerana ia “akan dibom”.

Hospital itu yang terletak di kawasan Tal al-Hawa, Gaza menerusi satu kenyataan yang dikongsikan di laman X memaklumkan, “sejak pagi tadi, terdapat bom yang dijatuhkan pada jarak 50 meter dari hospital”.

Amaran itu dikeluarkan ketika Israel mengebom beberapa hospital di Semenanjung Gaza yang terkepung dan diserang berterusan sejak tiga minggu lalu, mengorbankan lebih 8,000 rakyat Palestin kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Rakyat Palestin juga menyalahkan Israel ke atas letupan di Hospital Arab al-Ahli pada 17 Oktober lalu yang mengorbankan hampir 500 mangsa.

Bagaimanapun, Israel menafikan melakukan pengeboman itu.

PRCS melaporkan bahawa hospital itu ketika ini menyediakan penjagaan kepada ratusan pesakit yang cedera, termasuk mereka yang berada di unit rawatan rapi (ICU) dan bayi baru lahir di dalam inkubator.

Kira-kira 12,000 orang awam kehilangan tempat tinggal, dengan majoriti kanak-kanak dan wanita, juga mencari perlindungan di bangunan hospital itu.

Sementara itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Save the Children berkata, lebih ramai kanak-kanak terbunuh di Gaza dalam tempoh tiga minggu lepas berbanding jumlah terkorban dalam konflik di seluruh dunia setiap tahun sejak 2019.

Angka yang dikeluarkan oleh NGO itu pada Ahad berdasarkan data yang dikeluarkan pihak berkuasa kesihatan Palestin, menunjukkan sekurang-kurangnya 3,324 kanak-kanak terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober, manakala 36 meninggal dunia di Tebing Barat.

Menurut laporan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai kanak-kanak dan konflik bersenjata, seramai 2,985 kanak-kanak terbunuh di 24 negara pada 2022; 2,515 (pada 2021) dan 2,674 (pada 2020) di 22 negara. – 30 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Related