Gaji rendah, sikap ‘biar papa asal bergaya’ punca rakyat tiada wang simpanan kecemasan

Masalah itu boleh diatasi dengan majikan menawarkan gaji lebih tinggi atau individu mencari kerja bergaji setimpal, selain menggalakkan kesedaran masyarakat mengenai keperluan menyimpan dana kecemasan

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Gaji rendah yang tidak setara dengan kenaikan kos sara hidup menjadi antara faktor utama menyebabkan sebilangan besar rakyat Malaysia, tidak mempunyai wang simpanan bagi tujuan kecemasan.

Penganalisis ekonomi, Profesor Madya Ahmed Razman Abdul Latiff. – Gambar media sosial, 31 Oktober, 2023

Penganalisis ekonomi, Profesor Madya Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, gaji kecil diterima sesebuah isi rumah mempengaruhi tabiat simpanan mereka yang sekadar ‘cukup-cukup makan’ untuk bertahan sehingga gaji seterusnya.

Katanya, mengikut statistik dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, gaji purata diperoleh setiap isi rumah penduduk di Kuala Lumpur dan Selangor adalah sebanyak RM7,000 serta RM6,000 sebulan.

“Jadi di sini, gaji median untuk sesebuah isi rumah itu adalah RM2,424 sebulan untuk setiap seorang yang bekerja. Dengan gaji sebegini, mereka tidak dapat tampung perbelanjaan bulanan, apa lagi untuk menyimpan.

“Bagi saya punca permasalahan kepada isu ini adalah mengenai tahap gaji yang masih rendah ditawarkan majikan, sehingga menyebabkan ramai rakyat Malaysia tidak mampu membuat simpanan,” katanya kepada Scoop.

Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour. – Gambar Bernama, 31 Oktober, 2023

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour bahawa ramai rakyat di negara ini, mempunyai pengurusan kewangan ‘jangka pendek’, termasuk dalam menghadapi situasi tidak dijangka.

Abdul Rasheed mendedahkan ramai rakyat Malaysia sukar menyediakan sekurang-kurangnya RM1,000 bagi tujuan kecemasan, sehingga menyebabkan ramai terpaksa berhutang kerana kurang cekap dalam pengurusan kewangan masing-masing.

Justeru itu, Ahmed Razman menyarankan agar majikan dapat memberikan gaji munasabah dan bermaruah bersesuaian dengan kenaikan kos sara hidup masa kini, bagi mengatasi permasalahan terbabit.

“Majikan mungkin boleh tawarkan gaji lebih tinggi atau individu berkenaan cuba mencari pekerjaan lain yang mampu memberikan gaji setimpal, bagi membolehkan mereka dapat menyimpan diterima setiap bulan,” katanya.

Gaji kecil diterima sesebuah isi rumah mempengaruhi tabiat simpanan mereka yang sekadar ‘cukup-cukup makan’ untuk bertahan sehingga gaji seterusnya. – Gambar hiasan Pexels, 31 Oktober, 2023

Sementara itu, Pakar Ekonomi, Profesor Emeritus Barjoyai Bardai berpendapat, sikap ‘biar papa asal bergaya, iaitu keinginan gaya hidup di luar kemampuan adalah antara penyumbang yang menyebabkan rakyat Malaysia sentiasa berada dalam kesempitan wang.

Menurutnya, setiap individu perlu ‘mengukur baju di badan sendiri’ dalam berbelanja dan mendisiplinkan diri untuk mempunyai sedikit simpanan daripada peratusan gaji bulanan.

“Bagi saya ini semua berpunca daripada rakyat Malaysia yang terlalu (banyak) berbelanja, selain menjalani gaya hidup di luar daripada kemampuan mereka.

“Sebagai contoh, ramai individu bergaji menengah rendah cuba bergaya seperti mereka yang bergaji menengah atas. Mereka berlumba-lumba untuk cuba ‘cope up’ (menampung) dengan ‘benchmark’ (penanda aras) gaya hidup terbabit yang akhirnya menyebabkan mereka langsung tiada simpanan,” katanya.

Pada masa sama, Barjoyai mencadangkan lebih banyak program bercirikan celik kewangan diadakan, bagi membuka mata ramai agar sentiasa sedar dan bersedia menyimpan untuk kegunaan kecemasan serta hari tua.

Pakar Ekonomi, Profesor Emeritus Barjoyai Bardai. – Gambar UKM, 31 Oktober, 2023

“Rakyat Malaysia kena ubah pemikiran dan didedahkan dengan lebih banyak program berkaitan pengurusan wang. Kita kena didik mereka. Contohnya buat ibu bapa yang baharu dapat anak, mereka perlu didedahkan dengan keperluan buka akaun simpanan anak sejak kecil, menyimpan RM100 sebulan dan sekurangnya mereka akan dapat menyimpan RM50,000 ketika anak mereka sudah cecah usia 18 tahun.

“Budaya sebegini yang harus kita galakkan bagi mengatasi masalah seperti kekurangan wang untuk tujuan kecemasan, seperti membabitkan kesihatan dan pendidikan anak-anak,” katanya. – 31 Oktober, 2023

Topics

Hangat

China’s rising 17-year-old badminton star, Zhang Zhijie, dead after collapsing on court

He was participating in the ongoing Asian Junior Badminton Championships in Indonesia

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Poor driver vetting will steer public away from inDrive, says assault victim’s lawyer

Victim has criticised the company’s lack of transparency and slow response, is prepared to take legal action

Related