Buku kisah suka duka perjalanan politik PM, ‘Anwar Triumphs’ dilancar

Ia mengisahkan perjalanan luar biasa Anwar dalam situasi politik Malaysia yang sangat rumit, selain pengorbanan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai pendorong dan pendukung perjuangan suaminya itu

6:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan buku ‘Anwar Triumphs’ yang mengisahkan mengenai ‘suka duka’ perjalanan dan perjuangan luar biasa beliau dalam politik negara.

Buku ditulis Peguam Jenayah Australia, Mark Trowell itu juga, mengandungi kisah perjalanan luar biasa Anwar dalam situasi politik di Malaysia yang sangat rumit, termasuk usaha pemimpin berkenaan dalam ‘membongkar’ aspek terbabit.

Mengulas mengenai Anwar Triumphs, Trowell berkata, buku setebal 195 muka surat itu, mengandungi kepentingan sejarah yang berlaku kepada Anwar dalam meniti perjalanan politik sejak lebih 40 tahun lalu.

“Buku ini mendedahkan kejatuhan dramatik Pakatan Harapan (PH) dan gejolak politik selepas tindakan strategik yang diambil pihak berkepentingan untuk mengukuhkan kuasa.

“Ia menceritakan perjalanan luar biasa Anwar Ibrahim, dengan kemenangan ke atas saingan yang sudah lama wujud, pengkhianatan politik dan inisiatif berani beliau untuk memperkuat negara.

“Naratif itu mencapai kemuncak dalam sejarah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sehingga terdapat situasi mengakibatkan Parlimen tergantung, sebelum Anwar dilantik ke jawatan Perdana Menteri Ke-10,” katanya kepada media pada Majlis Pelancaran Anwar Triumphs di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Acara itu turut menyaksikan tayangan video bertajuk ‘Karya Zunar: Anwar Kemenangan’ yang memaparkan kisah perjalanan Perdana Menteri dalam bentuk visual dan kemudian ditransformasi ke buku berkenaan.

Trowell turut mengadakan sesi menandatangani buku bagi memberi peluang kepada peserta mendapatkan salinan peribadi Anwar Triumphs.

Selain itu, Trowell berkata, pemilihan tajuk Anwar Triumphs bukan sahaja bagi menggambarkan kejayaan Anwar menjadi Perdana Menteri, malah untuk memaparkan pencapaian gerakan reformasi diperjuangkan Presiden PKR itu selama bertahun.

“Tarikan buku ini adalah ia merekodkan sejarah apa sebenarnya berlaku, iaitu satu catatan kontemporari, bukan sesuatu yang ditulis bertahun selepas kenangan menjadi kabur dan dilupakan,” katanya.

Lebih istimewa, pada majlis itu Trowell menyampaikan sejambak bunga kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, ia sebagai menghargai pengorbanan dan peranan penting wanita itu dalam politik negara, terutama sebagai penyokong serta pendukung setia Anwar.

Malah, Trowell menerangkan, ia juga menjadi sebab muka hadapan kulit buku itu memaparkan gambar Anwar bersama dengan Dr Wan Azizah pada hari beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

“Kita ingin mengakui peranan dan pengorbanan Wan Azizah sebagai pendukung perjuangan agenda Reformasi semasa Anwar dipenjarakan, seorang ibu, isteri Timbalan Perdana Menteri serta wanita pertama negara,” katanya

Berkongsi mengenai cetusan ideanya untuk menghasilkan buku mengenai Anwar, beliau berkata, sebagai seorang pengamal undang-undang, perjuangan pemimpin itu sangat menarik minatnya.

Jelasnya, beliau menghasilkan buku Anwar menerusi pemerhatian, termasuk ketika menjadi pemerhati antarabangsa dalam kes rayuan pada tahun 2004.

Selain buku terbaharu itu, karya sastera Mark Trowell sebelum ini adalah The Prosecution of Anwar Ibrahim: The Final Play dan Anwar Returns: The Final Twist.

“Bahagian undang-undang menarik minat saya kerana saya seorang peguam, tetapi perjuangan Anwar benar-benar memberikan gambaran jarang berlaku mengenai kehidupan politik Malaysia, selain ketegangan masyarakat yang disebabkan campuran masyarakat berbilang kaum,” katanya.

Anwar Triumphs boleh didapati di semua kedai buku utama seluruh negara – 29 Oktober, 2023

Topics

Hangat

China’s rising 17-year-old badminton star, Zhang Zhijie, dead after collapsing on court

He was participating in the ongoing Asian Junior Badminton Championships in Indonesia

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Poor driver vetting will steer public away from inDrive, says assault victim’s lawyer

Victim has criticised the company’s lack of transparency and slow response, is prepared to take legal action

Related