MB Pahang bukan sokong Israel tetapi tersasul, kenapa kesilapan itu ditularkan?: Fadzli

Dalam pada itu, Fadzli menyeru orang ramai tidak menyebarkan berita yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat, demi mengejar populariti dan perhatian

4:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyebut ‘Palestin hancur’ pada Himpunan Pahang For Palestin di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) semalam, tidak disengajakan.

Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, Wan Rosdy mengakui beliau tersasul melontar perkataan itu ketika berucap dan sudah memperbetulkan kesilapan terbabit di hadapan khalayak pada program berkenaan.

Katanya, selaku penyelaras sekretariat himpunan itu, beliau berada di MBK dan ketika Menteri Besar sedang memberikan ucapan yang sangat bersemangat, kesilapan sebutan terbabit berlaku.

“Saya segera maklumkan kepada Wan Rosdy dan beliau memperbetulkannya semula. Menteri Besar mengaku tersasul dan meminta agar kesilapan itu tidak dihebahkan.

“Kita semua tahu Menteri Besar tidak berniat menyokong Israel. Kita jelas tahu itu salah dan khilaf, tetapi kenapa kesilapan itu menjadi tular? Apakah niat di sebalik semua ini,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal. – Gambar SUARA.TV, 29 Oktober, 2023

Fadzli menegaskan, pelbagai perkara positif mengenai himpunan itu boleh dihebahkan.

Ujarnya, ia termasuk Pahang menjadi negeri pertama menganjurkan perhimpunan besar bagi menyokong Palestin.

Jelasnya, Wan Rosdy pada himpunan berkenaan turut mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan menderma RM100,000 kepada dana Pahang untuk rakyat di Palestin.

“Menteri Besar, dengan nada tegas dan berani, mengutuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana kegagalannya mengambil tindakan tegas terhadap Israel.

“Ini yang sepatutnya menjadi tular, kenapa pula mahu hebahkan isu tutur kata sedangkan beliau (Wan Rosdy) mengakui dengan jelas beliau tersasul,” katanya.

Dalam pada itu, Fadzli menyeru orang ramai tidak menyebarkan berita yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat, demi mengejar populariti dan perhatian.

“Pada saya janganlah kita semata-mata nak kejar populariti, nak tingkatkan view (tontonan) dan like (tanda suka), sanggup sebarkan berita yang boleh menjejaskan keharmonian dalam masyarakat, (sebaliknya) sebarkan berita tepat serta bagus,” katanya.

Semalam, tular isu membabitkan Wan Rosdy apabila beliau tanpa sengaja melaungkan perkataan ‘Palestin hancur’ ketika menyampaikan ucapan pada program itu.

Momen berkenaan turut sempat dirakam orang ramai yang menyertai perhimpunan itu, sebelum klip video berkenaan tular di media sosial dan menerima kritikan netizen. – 29 Oktober 2023

Topics

 

Hangat

[UPDATED] AGC requests high court for gag order on public discussion of Najib’s addendum case 

Attorney-General’s Chambers also does not want lawyers to hold watching briefs on hearings for the opposition

Top Ismail Sabri aides arrested over money laundering, graft probe: Azam Baki

Sources said that multiple cases are under investigation, including the alleged misuse of RM700 million

MACC arrest Johor Hockey official over RM26,000 alleged misuse of funds

Also arrested is a former Johor Hockey Association sec-sen for submitting false documents regarding its financial reports

Related