(LANGSUNG) ‘Bebaskan Gaza’ memuncak di ibu kota ketika Gaza terus dihujani bom

Ada antara peserta yang datang dari Terengganu dan Kelantan dengan menaiki bas semata-mata untuk menyertai himpunan berkenaan

1:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Solidariti kepada Palestin yang berterusan dibedil Israel terus meningkat. Sejak Gaza diserang Israel pada 7 Oktober lalu, beberapa himpunan solidariti telah diadakan di ibu kota.

Hari ini, Himpunan 10K Solidariti Palestin diadakan di Masjid KLCC dan ia merupakan himpunan ketujuh diadakan sebagai menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin yang teruk dibedil bom Zionis.

Ada antara peserta yang datang dari Terengganu dan Kelantan dengan menaiki bas semata-mata untuk menyertai himpunan berkenaan.

Sementara itu, keadaan di Gaza semakin tegang malah semua komunikasi ke wilayah berkenaan telah terputus ketika rejim zionis sedang memperhebatkan pengeboman di situ.

Malah wakil Al Jazeera memaklumkan utara Gaza kini dihujani dengan serangan udara dan artileri.

“Hari ini adalah yang paling teruk dan kita dapat mendengar letupan…dari arah laut, khususnya di utara Semenanjung Gaza.

“Serangan udara dan bedilan artileri semakin meningkat di utara,’’ kata Safwat Kahlout, wakil Al Jazeera yang melaporkan dari bandar Gaza.

Antara peserta yang turut sama berarak ke Kedutaan AS di Jalan Tun Razak. – Faizal Salim/Scoop, 28 Oktober, 2023

3:09 petang – Himpunan 10k Soladiriti Palestin ditutup dengan bacaan doa

2.44 petang – Hadi sedang menyampaikan ucapan.

Hadi dalam ucapannya menceritakan bagaimana rakyat Palestin tidak menyerah kalah dan berjuang hingga ke titisan akhir.

Beliau turut menjelaskan bagaimana Israel menghalau orang Palestin, merampas rumah penduduk dan kemuncaknya mereka menceroboh Masjid Al-Aqsa.

“AS dan sekutunya mengerahkan bala tentera untuk membantu menyelamatkan Israel. Mereka menuduh orang-orang Palestin sebagai pengganas sedangkan mereka membunuh kanak-kanak, orang tua dan wanita serta mengepung hospital,” katanya.

Para peserta Himpunan 10k Soladiriti Palestin bukan sahaja memenuhi kawasan berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat, malah kawasan berdepan dengannya, berhampiran Menara Tabung Haji – Faizal Salim/Scoop, 28 Oktober, 2023

2:28 petang – Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden berucap di hadapan Kedutaan AS.

2.26 petang – Mukhriz dalam ucapannya berkata, jenayah yang dilakukan Israel adalah jenayah ke atas kemanusiaan. Itulah sebabnya di seluruh dunia termasuk di Eropah dan AS, sudah ramai yang bangkit dan mengecam Israel.

2:15 petang – Hujan renyai-renyai mula membasahi Jalan Tun Razak.

2.07 petang – Antara yang kelihatan ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

2:04 petang – Perarakan peserta Himpunan 10K Solidariti Palestin baru melepasi Bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak menghala ke Kedutaan AS.

Kain rentang memaklumkan himpunan solidariti berkenaan. – Faizal Salim/Scoop, 28 Oktober, 2023

1:53 petang – Orang ramai berarak sambil melaungkan kecaman ke atas AS dan Israel. Mereka turut bertakbir ‘Allahu Akbar’.

1:49 petang – Peserta sedang berarak menghala ke Kedutaan AS di Jalan Tun Razak.

Peserta mula berkumpul sebelum berarak ke Kedutaan AS. – Faizal Salim/Scoop, 28 Oktober, 2023

1:36 petang – Peserta himpunan akan berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat. Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sudah berada di sana bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sepanduk mengecam Israel dan Amerika Syarikat dibawa oleh peserta. – Faizal Salim/Scoop, 28 Oktober, 2023

1:25 petang – Seorang peserta ke Himpunan 10k Solidariti Palestin membawa sepanduk mengecam Israel dan Amerika Syarikat.

1:19 petang – Keadaan cuaca yang panas terik tidak menghalang orang ramai daripada terus hadir ke perkarangan Masjid Asy-Syakirin KLCC.

12.57 tengah hari – Keadaan di sekitar Masjid Asy-Syakirin KLCC dibanjiri orang ramai sempena Himpunan 10k Solidariti Palestin yang akan berlangsung pada 2 petang ini.

Keadaan di sekitar Masjid Asy-Syakirin KLCC sekarang – Faizal Salim/Scoop, 28 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Gopeng says goodbye to beloved 111-year-old soy sauce factory Hup Teck

For over a century, Uncle Tong’s family kept culinary heritage alive with all-natural, sun-fermented soy sauce crafted in age-old earthen pots, a tradition which started in 1914

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

What happened to gag order on Zakir Naik? Activists urge for probe after preacher’s public speech in Perlis

Lack of authorities’ action will embolden him to sow further hate, lawyer Siti Kasim says

Related