PAGE gesa KPM batal Minggu Solidariti Palestin di sekolah

KPM perlu mengambil langkah segera untuk meredakan keadaan

10:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE) menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) supaya membatalkan penganjuran Minggu Solidariti Palestin di semua institusi pendidikan di bawah kelolaannya.

Pengerusinya, Datin Noor Azimah Abdul Rahim menyarankan perkara itu supaya penganjuran program tersebut tidak menjadi polemik yang lebih parah.

“KPM perlu mengambil langkah segera untuk meredakan keadaan. Batalkan sahaja program ini sebelum ianya menjadi lebih parah.

“Lebih baik fokus dengan program yang mendorong semangat membaca, ini lebih bermanfaat untuk semua rakyat Malaysia,” katanya kepada Scoop.

Beliau berkata, meskipun KPM sudah mengeluarkan garis panduan ringkas, namun guru dan pelajar memilih untuk menyemarakkan perjuangan intifada.

“KPM telah pun mengeluarkan garis panduan ringkas dan tema untuk pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin melalui Pejabat Timbalan Ketua Pengarah.

“Temanya jelas berunsur keamanan dan kemanusiaan. Bagaimanapun, nampaknya sekumpulan guru dan pelajar memilih untuk menyemarakkan perjuangan intifada dalam bersolidariti.

“Memang sudah ada tanda yang kempen solidariti sebegini meriakkan emosi kebencian dan kemarahan kepada rejim Israel,” katanya.

Beliau mengulas laporan beberapa pihak membantah tindakan Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan Minggu Solidariti Palestin di semua institusi kelolaannya bermula 29 Oktober hingga 3 November ini.

Malah hari ini tular gambar menunjukkan murid di sebuah sekolah memegang senjata mainan dan melilit kain di kepala sehingga mencetuskan kritikan ramai.

Rata-rata berpendapat program itu tidak sesuai untuk pelajar sekolah apatah lagi mereka membawa senapang mainan.

Guru sekolah terbabit bagaimapun menjelaskan aktiviti menyokong perjuangan Palestin itu hanya simbolik bagi memberi kefahaman visual mengenai erti jihad. – 27 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related