Palestin hanya boleh memerhati tapi tak boleh undi resolusi konflik

Begitupun sebagai pemerhati bukan ahli, Palestin masih boleh bersuara di mesyuarat tersebut

3:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai 193 negara anggota Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) dijangka mengundi resolusi berhubung konflik Israel-Hamas hari ini.

Begitupun sebagai pemerhati bukan ahli, Palestin boleh bersuara di mesyuarat tersebut tetapi tidak dibenarkan mengundi resolusi situasi di Gaza.

Jordan, yang bertindak bagi pihak negara-negara Arab, mencadangkan satu resolusi Perhimpunan Agung yang mendesak gencatan senjata kemanusiaan selepas Majlis Keselamatan gagal mengambil tindakan, walaupun jumlah kematian semakin meningkat akibat pengeboman berterusan Israel.

“Saya merayu kepada anda semua untuk mengundi bagi menghentikan pembunuhan itu. Undi bantuan kemanusiaan untuk sampai kepada mereka yang memerlukannya. Undi bagi menghentikan kegilaan ini,” kata Pemerhati Tetap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Negara Palestin, Riyad Mansour dalam ucapan penuh emosi, semalam.

Menteri Luar Palestin itu juga berucap di Majlis Keselamatan PBB pada sesi khas minggu ini, tetapi sebagai negara pemerhati bukan anggota, Palestin tidak dapat mengambil bahagian dengan cara sama seperti negara anggota penuh PBB.

Pada 2012, majoriti daripada 193 negara anggota PBB mengundi untuk memberikan status pemerhati bukannya ahli kepada Palestin.

Sebanyak 138 daripada 193 negara anggota PBB mengundi ya, manakala sembilan mengundi tidak dan 46 berkecuali atau tidak mengundi.

Antara negara yang membantah ialah Amerika Syarikat (AS), Israel dan Kanada serta negara-negara Pulau Pasifik termasuk Nauru dan Palau.

Status pemerhati negara bukan ahli tidak diiktiraf secara rasmi dalam Piagam PBB tetapi mempunyai sejarah yang panjang.

Ia pertama kali dipegang oleh Switzerland. Ketika ini status itu hanya dipegang oleh Palestin dan Vatican.

Pada 1947, negara anggota UNGA ketika itu mengundi pada resolusi bertajuk kerajaan masa depan Palestin.

Resolusi itu memutuskan bahawa Palestin akan “dibahagikan kepada dua wilayah” iaitu wilayah untuk negara Arab Palestin dan Yahudi Israel. – Agensi

Topics

 

Hangat

[UPDATED] AGC requests high court for gag order on public discussion of Najib’s addendum case 

Attorney-General’s Chambers also does not want lawyers to hold watching briefs on hearings for the opposition

Top Ismail Sabri aides arrested over money laundering, graft probe: Azam Baki

Sources said that multiple cases are under investigation, including the alleged misuse of RM700 million

MACC arrest Johor Hockey official over RM26,000 alleged misuse of funds

Also arrested is a former Johor Hockey Association sec-sen for submitting false documents regarding its financial reports

Related