Empat lagi ditahan bantu siasatan i-Serve, MYAirline

Mereka terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita tempatan berusia lingkungan 30 hingga 62 tahun

11:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menahan empat lagi individu hari ini bagi membantu siasatan kes syarikat pelaburan i-Serve dipercayai mempunyai kaitan dengan pengasas bersama syarikat penerbangan tambang rendah, MYAirline.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mereka terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita tempatan berusia lingkungan 30 hingga 62 tahun.

Beliau berkata tiga individu berkenaan ditahan pada jam 1 hingga 1.30 tengah hari selepas memberi keterangan di Pejabat JSJK di Menara KPJ di sini manakala seorang lagi di kawasan Bukit Tunku di sini.

“Kesemua mereka berkhidmat di syarkat i-Serve dengan memegang jawatan treasury assistant, finance assistant, pengurus penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta peguam,” katanya dalam kenyataan.

Pada 17 Okt lepas, polis menahan seorang pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar ‘Datuk’ serta isteri dan anak lelakinya bagi membantu siasatan kes mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Susulan itu, polis menahan seorang lagi ahli perniagaan berhubung aktiviti pengubahan wang haram membabitkan syarikat penerbangan berkenaan, namun keempat-empat individu itu telah dibebaskan dengan jaminan polis. – 26 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Adakah Petronas akan kurangkan pekerja untuk atasi kerugian daripada perjanjian dengan Petros?

Sumber mendakwa syarikat minyak dan gas negara dijangka mengalami kerugian hasil sebanyak 30% sebaik formula yang dipersetujui untuk pengagihan gas asli di Sarawak dilaksanakan

Related