146 kes penyakit STD babitkan pelajar sekolah menengah direkod tahun lalu: Fadhlina

Berdasarkan maklumat KKM, penyakit STD yang direkodkan ialah sifilis, gonorrhea, syankroid dan Human Immunodeficiency Virus (HIV)

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 146 kes penyakit jangkitan kelamin (STD) direkodkan tahun lalu membabitkan pelajar dalam kategori usia 13 hingga 17 tahun.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, berdasarkan maklumat Kementerian Kesihatan (KKM), penyakit STD yang direkodkan ialah sifilis, gonorrhea, syankroid dan Human Immunodeficiency Virus (HIV).

“Data KKM menunjukkan sebanyak 255 kes direkodkan pada 2018, 225 kes (2019), 191 kes (2020), 96 kes (2021) dan 146 kes (2022),” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Dr Halimah Ali (PN-Kapar) yang ingin tahu jumlah pelajar yang tercicir peringkat sekolah menengah, terlibat dalam penagihan dadah dan yang dijangkiti STD.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, pihaknya memandang serius isu keciciran murid, penyalahgunaan bahan terlarang atau dadah dan gejala sosial dalam kalangan murid.

Beliau berkata, berdasarkan statistik KPM, kadar keciciran murid menunjukkan trend penurunan dalam tempoh lima tahun dari 2018 hingga 2022. 

“Pada peringkat menengah, kadar keciciran menurun daripada 1.21 peratus pada 2018 kepada 0.99 peratus pada 2022,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, sejak Januari hingga September lalu, sebanyak 0.64 peratus murid didapati positif ujian saringan air kencing.

“Pada 2019, sebanyak tiga peratus murid yang disaring positif. Peratusan ini menurun kepada 2.16 peratus pada 2020,” katanya.

“Pada 2021, ujian urin tidak dilaksanakan kerana murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR),” katanya.

Tambahnya, pada 2022, sebanyak 1.18 peratus murid yang disaring positif ujian air kencing. – 27 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Cyberbullying: timely intervention wise as cases on the rise

As social media becomes increasingly popular, criminology expert notes its ‘dark side’ which exposes people to several crimes and vouches for regulation

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Pickleball for all: budget-friendly gear opens sport to B40 community

Sportswear brand KELME commits to design more affordable paddles to make the sport available for underprivileged communities here

Related