MNO, DNB akan menandatangani SSA dalam tahun ini: Fahmi

KKD telah mengadakan mesyuarat dengan Pasukan Petugas 5G petang ini untuk membincangkan beberapa perkara bagi mempercepatkan pemeteraian SSA

10:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengendali rangkaian mudah alih (MNO) dan Digital Nasional Bhd (DNB) dijangka menandatangani perjanjian langganan saham (SSA) dalam tahun ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Beliau berkata Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah mengadakan mesyuarat dengan Pasukan Petugas 5G petang ini untuk membincangkan beberapa perkara bagi mempercepatkan pemeteraian SSA.

“Saya berharap ia dapat dilakukan pada bulan Oktober tetapi berlaku sedikit kelewatan kerana ada beberapa butiran yang perlu kita kaji semula.

“Ada beberapa perkara yang telah dibincangkan dan terdapat juga beberapa cadangan, perbincangan dan analisis yang perlu dilakukan serta beberapa penilaian dari segi teknikal dan daripada aspek kewangan,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Pusat Pengalaman 5G DNB di sini hari ini.

Beliau berkata kajian semula yang terperinci akan mengambil sedikit masa tetapi tarikh untuk menandatangani SSA akan diumumkan oleh beliau tidak lama lagi selepas mengadakan pertemuan dengan MNO.

“Dan perkara ini memang mengambil sedikit masa tetapi saya gembira untuk mengatakan bahawa kami hampir bersedia untuk mengumumkan tarikh bagi menandatangani perjanjian itu. Saya perlu berbincang segera dengan semua MNO.

“Ya, insya-Allah ia (SSA ditandatangani) akan berlaku dalam tahun ini,” kata beliau.

DNB kini merupakan pemegang tunggal spektrum 5G Malaysia, ditetapkan untuk mencapai liputan 80 peratus menjelang akhir 2023.

Lima MNO, iaitu CelcomDigi Bhd, Maxis Bhd, Telekom Malaysia Bhd, U Mobile Sdn Bhd dan YTL Communications Sdn Bhd telah bersetuju untuk mengambil pegangan ekuiti dalam DNB bagi menyokong pembangunan rangkaian 5G negara.

DNB ditubuhkan pada awal Mac 2021 untuk mempercepatkan penggunaan infrastruktur dan rangkaian 5G di Malaysia. – 26 Oktober, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Leaders bicker while Indians suffer, Santiago slams fellow politicians

Veteran DAP man says angry politicians uncaring for the plight of Indians are the reason why some problems remain unresolved over decades

Related