Cermin diri sendiri dulu, Fahmi kecam kenyataan PAS label PM ‘penggempar’

Fahmi menyifatkan kenyataan dikeluarkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebagai ironis, kerana PAS sebelum ini menunjukkan prinsip sama

9:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil mengecam PAS kerana melabelkan pendedahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini bahawa beliau menerima ugutan susulan pendirian Malaysia mengenai Palestin sebagai satu kenyataan ‘penggempar’.

Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi dan Digital, menyifatkan kenyataan dikeluarkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebagai ironis, kerana PAS sebelum ini menunjukkan prinsip “penggempar’.

“Sebagai sebuah parti, PAS sendiri agak cemas.

“Kami melihat bagaimana dalam beberapa bulan menjelang pilihan raya negeri, (PAS menyebarkan) bahawa mengundi parti-parti tertentu akan mengakibatkan huru-hara di seluruh negara.

“Sebelum dia (Takiyuddin) bercakap tentang perkara lain, saya rasa dia patut meletakkan cermin dekat mukanya dan melihat betul-betul kepada diri sendiri dan partinya (PAS),” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Pusat Pengalaman ’My5G Portal’ DNB di sini, hari ini.

Awal hari ini, Takiyuddin menyifatkan kenyataan Anwar bahawa beliau dikatakan ‘diancam’ ekoran kritikannya terhadap kerajaan Israel dalam isu perang di Gaza sebagai pelik, malah melucukan.

Menurutnya, Anwar sebelum ini memberitahu ancaman tersebut diterimanya dalam bentuk ‘kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen negara-negara Eropah.

Malangnya, beliau berkata, Perdana Menteri enggan menjelaskan dakwaan itu apabila didesak oleh media, sebaliknya memaklumkan kerajaan akan mengeluarkan kenyataan media mengenainya.

Sementara itu, di Parlimen hari ini, Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, adalah lebih baik kerajaan tidak mendedahkan siapa yang mengancam Anwar.

Malah katanya, Perdana Menteri berulang kali menegaskan Malaysia tidak gentar dengan sebarang ugutan dilakukan oleh negara tersebut dan kekal teguh dalam menyokong Palestin.

Anwar sebelum ini mendedahkan beliau menerima banyak ugutan daripada negara luar, susulan ketegasan Malaysia mempertahankan nasib rakyat Palestin.

Katanya, selagi diberi mandat dan kepercayaan oleh rakyat, beliau selaku ketua kerajaan tidak akan tunduk dan gentar dengan sebarang ugutan. – 26 Oktober, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Rape allegations at centre of preacher Zamri Vinoth’s defamation trial

Witness for defence claims in her testimony that preacher had raped her at his Rahang home in 2018

Related