3 jenis dadah paling banyak disalahguna

6:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai 118,820 penagih dan kes penyalahgunaan dadah dikesan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi tempoh Januari hingga Jun lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, berdasarkan pangkalan data Penyalah Guna dan Penagih Dadah serta Bahan itu, menunjukkan peningkatan 27 peratus penagih dadah dikesan dalam tempoh sama.

“Daripada keseluruhan yang dikesan, tiga jenis dadah paling banyak disalahgunakan adalah amfetamin (69.9 peratus), opiat (25.7 peratus) dan ganja (2.8 peratus).

“Terdapat peningkatan melebihi 100 peratus jenis dadah dalam kumpulan pil psikotropik iaitu seperti Benzodiazepine, Erimin 5 dan Dormicum,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Hadir sama Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon.

Beliau berkata, keberkesanan rawatan dan pemulihan boleh ditingkatkan menerusi penggunaan teknologi.

“Pelbagai kaedah perlu diterokai seperti penggunaan aplikasi mobil yang direka bentuk untuk memberi sokongan pemulihan dengan menyediakan maklumat mengenai tracking soberiety (penjejak ketenangan), mekanisme daya tindak menghadapi relaps dan menjalinkan pengguna dengan kumpulan sokong bantu.

“Selain penggunaan aplikasi seperti tele-kaunseling, sokongan kumpulan secara maya dan forum atas talian, saya menyeru supaya semua penyedia perkhidmatan rawatan dan pemulihan dadah menerokai kaedah baharu yang boleh meningkatkan keberkesanan,” katanya.

Selain itu beliau berkata, penggunaan peranti boleh pakai seperti jam tangan pintar dan penjejak kecergasan boleh memantau tanda vital dan aktiviti fizikal seseorang.

“Data ini boleh digunakan untuk menilai dan memantau tahap kesihatan seseorang dan risiko penagih dadah untuk relaps.

“Di samping itu, penggunaan peralatan biomaklumbalas dan Functional MRI (fMRI) contohnya, boleh memberi gambaran yang objektif mengenai impak sesuatu intervensi yang dilaksanakan terhadap klien iaitu dari segi tindak balas dan perubahan fisiologi badan,” katanya. – 26 Oktober, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Rape allegations at centre of preacher Zamri Vinoth’s defamation trial

Witness for defence claims in her testimony that preacher had raped her at his Rahang home in 2018

Related