Malaysia tunggu keputusan PBB hantar tentera pengaman ke Palestin

Kerajaan tidak akan membuat keputusan tergesa-gesa dengan apa juga diputuskan PBB kelak dan perkara itu akan dipertimbangkan terutamanya oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

5:01 PM MYT

 

PORT DICKSON – Malaysia mengambil pendirian tunggu dan lihat mengenai keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung penghantaran tentera pengaman ke Palestin, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata kerajaan tidak akan membuat keputusan tergesa-gesa dengan apa juga diputuskan PBB kelak dan perkara itu akan dipertimbangkan terutamanya oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Mohamad berkata sebagai negara anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) di bawah PBB, Malaysia telah menyertai tentera pengaman di bawah United Nation Interim Force In Lebanon (UNIFIL), sebelum ini.

“Kita ada lebih 800 anggota tentera di Lubnan, kita ada juga beberapa pegawai masih bertugas di Somalia ataupun di negara-negara Afrika tapi tidak seramai apa yang ada di Lubnan.

“Jadi sebagai negara yang menyertai PBB, kita akan tunggu dan lihat apa keputusan PBB dan di situ nanti kita akan menilai sama ada perlu ke Malaysia menyertai tentera pengaman ini ataupun tidak… kita tidak akan secara tergesa gesa menghantar pasukan tentera kita ke sana,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 536 Veteran ATM, balu serta wakil waris di sini, hari ini. 

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan kononnya Malaysia enggan menghantar pasukan tentera bagi membantu Palestin.

Menurut Perdana Menteri, keputusan menghantar pasukan tentera bukan boleh dibuat dengan mudah kerana ia perlu mendapat persetujuan negara-negara jiran Palestin.

Terdahulu, Mohamad dalam ucapannya berkata secara dasarnya akan berlaku pertukaran pasukan MALBATT 850-10 yang menyertai misi United Nation Interim Force In Lebanon (UNIFIL) bermula 2 Okt lepas.

“Kita mempunyai tentera misi PBB di Lubnan di bawah MALBATT. Secara dasarnya dua hari lepas, ada pertukaran anggota bermula 2 Okt. 

“Saya akan memberitahu Kabinet bahawa akan meneruskan pertukaran anggota ini di Lubnan. Jika ada perkara yang berlaku selepas ini, kita akan buat keputusan berlainan,” katanya. – 26 Oktober, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Related