Percepat projek infrastruktur negeri, proses pindah milik tanah: PM

Mesyuarat pada petang tadi telah dihadiri oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri selain wakil Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak industri

12:01 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan adalah penting untuk projek-projek pembangunan dan infrastruktur di negeri-negeri dipercepatkan, termasuk mempermudah proses-proses terlibat antara kerajaan Persekutuan dan negeri seperti pindah milik pemilikan tanah.

“Selain itu, perancangan dan pembangunan koridor juga perlu mengambil kira perancangan dan potensi pembangunan dengan negara-negara jiran,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara, Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur, di sini, hari ini. 

Mesyuarat pada petang tadi telah dihadiri oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri selain wakil Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak industri.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, selaras dengan agenda Ekonomi MADANI untuk menstrukturkan semula ekonomi negara, kerajaan juga telah memutuskan untuk melaksanakan rasionalisasi agensi galakan pelaburan.

“Aktiviti promosi dan kelulusan insentif pelaburan akan dipusatkan kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melalui Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA). 

“Pihak berkuasa koridor pula akan menumpukan peranan untuk menyokong pelaksanaan/merealisasikan pelaburan,” kata beliau menerusi catatan di laman sosial “X” yang dulu dikenali sebagai Twitter.

Mesyuarat berkenaan turut membincangkan status pelaburan masuk dan pembangunan infrastruktur terkait dengan setiap koridor.

Tiga Wilayah Koridor utama catat pelaburan kumulatif, komited RM759.2 bilion

Anwar turut berkongsi pencapaian yang menyaksikan sejumlah RM185 bilion pelaburan kumulatif dicatatkan oleh Wilayah Ekonomi Koridor utara bagi 2022 dan melebihi sasaran RM146.5 bilion bagi tempoh 2021 hingga 2025.

Selain itu, Iskandar Malaysia mencatat pelaburan komited berjumlah RM409.5 bilion berbanding sasaran RM383 bilion untuk dicapai sehingga 2025. 

“Wilayah Ekonomi Pantai Timur pula telah menerima pelaburan komited berjumlah RM164.7 bilion,” kata beliau. – 25 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related