MAHB jual kepentingan dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Hyderabad pada US$100 juta

Hasil daripada penjualan itu akan disalurkan terus bagi tujuan korporat am dan perbelanjaan modal aset

8:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan anak syarikat milik penuhnya, MAHB (Mauritius) Private Limited, dalam proses menjual keseluruhan 11 peratus kepentingan dalam GMR Hyderabad International Airport Limited, syarikat induk yang menguruskan Lapangan Terbang Antarabangsa Hyderabad di India kepada GMR Group pada harga US$100 juta (US$1=RM4.78). 

Kumpulan pengendali lapangan terbang itu membeli kepentingan tersebut pada harga US$10 juta daripada GMR Group pada 2009.

“Sejak pengambilalihan itu, kumpulan MAHB telah mengekalkan kepentingan minoriti pasif dalam usaha tersebut.

“Langkah penjualan itu adalah sebahagian daripada usaha MAHB bagi memperkemas portfolio pelaburannya di luar negara dan mewujudkan nilai daripada aset bukan teras, seiring dengan strategi pertumbuhan perniagaan antarabangsa kumpulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasil daripada penjualan itu akan disalurkan terus bagi tujuan korporat am dan perbelanjaan modal aset yang menyaksikan penglibatan kumpulan MAHB memegang kepentingan lebih langsung serta terkawal.

Malah, hasil itu dijangka dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Syarikat itu menyifatkan pendekatan pelaburan semula strategik itu sebagai elemen penting dalam strategi pertumbuhan kumpulan, yang dapat mengoptimumkan portfolio pelaburan.

Ini juga dapat memperkukuh kawalannya dalam aset-aset teras, sekali gus boleh memberi nilai lebih besar dalam jangka panjang untuk kalangan pihak berkepentingannya, kata syarikat itu. – 25 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related