Malaysia bakal jadi hab penting pasaran pusat data global di Asia Tenggara

Ini menunjukkan secara jelas Malaysia menjadi hab bagi pusat data serantau dan destinasi pelaburan

5:59 PM MYT

 

CYBERJAYA – Malaysia akan muncul sebagai hab penting dalam pasaran pusat data global di Asia Tenggara dengan menarik pelaburan berbilion dolar daripada syarikat teknologi global.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata, pihaknya menjangkakan negara akan memperoleh RM9.57 bilion menjelang 2027, hasil pelaburan bagi industri berkenaan.

Menurutnya, ini membuktikan pasaran pusat data global sedang berkembang pesat di Malaysia, selain berpotensi mengatasi kadar pertumbuhan sebanyak 47 peratus untuk seluruh Asia Tenggara.

“Setiap RM1 bilion dalam pelaburan bagi industri pusat data berpotensi mewujudkan peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara RM400 juta sehingga RM500 juta di samping menyediakan kira-kira 2,000 pekerjaan menjelang 2027.

“Tindakan itu memberi sumbangan serta kesan positif kepada limpahan ekonomi serta memberi manfaat kepada industri ekosistem pusat data seperti ketersambungan, tenaga boleh diperbaharui, kontrak pembuatan, bakat dan menarik lebih banyak kabel dasar selam untuk mendarat di Malaysia.

“Sebagai contoh, Wiwynn, syarikat dari Taiwan membina kilang di Senai, Johor yang membekalkan pelbagai peralatan teknologi bagi pusat data di situ, selain mewujudkan 1,650 peluang pekerjaan,” katanya pada majlis pecah tanah Infinaxis Data Centre di Cyber 5 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Nie Ching berkata, ia menunjukkan secara jelas Malaysia menjadi hab bagi pusat data serantau dan destinasi pelaburan, menerusi langkah kerajaan meningkatkan perbelanjaan infrastruktur digital, selain tindakan memperkasakan 5G, kabel bawah air serta sambungan gentian optik yang lebih baik.

Apa yang lebih membanggakan, jelasnya, Malaysia merupakan destinasi teratas untuk syarikat di seluruh dunia bagi pelaburan data pusat, dengan kapasiti 113 megawatt (MW) pada tahun lalu, selain lebih tinggi empat kali ganda berbanding Thailand serta Indonesia.

“Penglihatan ini tidak terhad kepada kata-kata sahaja. Ia dicerminkan dalam peruntukan Bajet 2024, di mana lebih RM2.84 bilion didedikasikan kepada Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD). Ia adalah peruntukan besar dan penting untuk kami fokus terhadap komitmen dalam memupuk sektor digital di Malaysia.

“Ekonomi digital bukan sekadar industri, ia menjadi sebahagian daripada landskap ekonomi negara, di mana 24.4 peratus daripada KDNK tahun ini akan diperoleh berdasarkan industri tersebut, selain sinergi antara ekonomi tradisional dan digital akan menjadi penentu kemakmuran di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai pelaburan pusat data yang dibangunkan Infinaxis di Malaysia, Nie Ching berkata, langkah syarikat terkemuka itu mampu menjadikan Malaysia sebagai hab data terbesar di Asia Tenggara atau lebih dikenali sebagai “Asia Digital”.

“Syarikat itu membawa bersama mereka lebih daripada 45 tahun gabungan pengalaman dan pelaksanaan, yang sudah pasti memperkasakan pelbagai pendekatan untuk perkembangan pusat data tempatan serta menyumbang kepada pertumbuhan digital dalam gaji teknologi, mencipta kekayaan, peluang pekerjaan dalam pasaran kerja digital.

“Pada skala yang lebih luas, Malaysia tidak bersendirian dalam usaha memperkasakan industi digital. Kebanyakan negara ASEAN aktif bekerjasama lebih erat bagi membincangkan bidang ekonomi digital,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, KKD amat mengalu-alukan tindakan selanjutnya dalam mengembangkan sektor teknologi domestik dan mengharapkan lebih banyak lagi perkembangan sama dalam masa terdekat. – 25 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related