Penggubalan Rang Undang-undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing di peringkat akhir: Azalina

Mengulas lanjut mengenai kes waris Sulu, Azalina berkata Kerajaan Malaysia sedang mengambil tindakan untuk memfailkan hujahan

11:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan kini di peringkat akhir bagi penggubalan Rang Undang-undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata rang undang-undang itu bagi memberikan negara asing kekebalan daripada prosiding sivil di mahkamah Malaysia, tertakluk kepada sekatan kekebalan yang diperuntukkan dalam rang undang-undang berkenaan.

“Berdasarkan prinsip layanan salingan, layanan sama diharapkan akan diberikan kepada Malaysia oleh negara asing, sekiranya prosiding dimulakan terhadap Malaysia di mahkamah negara asing itu.

“Ini mencerminkan usaha Kerajaan Perpaduan dalam menegakkan hak dan kepentingan negara, serta memastikan kedaulatan dan kekebalan Malaysia dilindungi dalam apa-apa prosiding di mana-mana mahkamah, selain mengukuhkan hubungan diplomatik Malaysia dengan negara-negara lain,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan dalam laman sesawang Parlimen hari ini.

Azalina berkata demikian bagi menjawab soalan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru), yang mahu mengetahui status terkini kes waris Sulu dan usaha kerajaan untuk membatalkan final award oleh Dr. Gonzales Stampa di Mahkamah Perancis dan bagaimanakah State Immunity Bill akan membantu menjamin kedaulatan negara.

Mengulas lanjut mengenai kes waris Sulu, Azalina berkata Kerajaan Malaysia sedang mengambil tindakan untuk memfailkan hujahan.

“Ia susulan tindakan pihak yang mendakwa sebagai waris Sultan Sulu, telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan The Hague pada Jun, yang memberi keputusan yang berpihak kepada Malaysia, dengan menolak permohonan untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan Final Award di Belanda.

“Kerajaan Malaysia telah dan sedang mengambil pelbagai tindakan secara agresif, untuk mencabar dan menamatkan tuntutan pihak yang mendakwa sebagai waris Sultan Sulu atau dikenali sebagai Penuntut,” katanya.

Beliau berkata mahkamah telah menetapkan tarikh pendengaran kes jenayah Dr Stampa pada 11 Dis 2023 di Sepanyol, berikutan tindakan beliau untuk tidak mengendahkan keputusan Mahkamah Tinggi Madrid bertarikh 29 Jun 2021. – 24 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

How is a ham sandwich ‘halal’? Akmal Saleh slams KK Mart outlet on UM campus

Umno Youth Chief says university students have lodged police reports over sandwich bearing halal stamp

Related