Menteri, timbalan kecam kekejaman Israel, gesa rakyat sokong perjuangan Palestin

Sudah tiba masa rakyat di seluruh dunia bangun menyatakan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin: Mohamad Sabu

10:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menyifatkan Israel sebagai kumpulan pengganas yang merampas, membunuh dan menghalau rakyat Palestin untuk menjadi negara pada 1947 dan kemudiannya diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Namun, katanya, tindakan itu tetap membuatkan Israel tidak berpuas hati, malah terus merampas tanah di Palestin dan menghalau penduduk asli negara berkenaan.

Datuk Seri Mohamad Sabu menyifatkan Israel sebagai kumpulan pengganas yang merampas, membunuh dan menghalau rakyat Palestin untuk menjadi negara pada 1947 – Alif Omar/Scoop, 24 Oktober, 2023

Justeru, katanya, sudah tiba masa rakyat di seluruh dunia bangun menyatakan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

“AS (Amerika Syarikat) dan Britain menyokong Israel, negara Eropah lain mereka bangun membela rakyat Palestin.

“Dengan perkembangan mutakhir ini, Israel akan lenyap tidak lama lagi dan penduduk Palestin mendapat hak kembali ke tanah mereka

“Kesombongan rejim Zionis akan tamat,” katanya.

Manakala, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengajak rakyat Malaysia berbilang kaum, agama dan budaya mengecam kekejaman rejim Zionis.

Datuk Seri Mohamad Hasan mengajak rakyat Malaysia berbilang kaum, agama dan budaya mengecam kekejaman rejim Zionis – Alif Omar/Scoop, 24 Oktober, 2023

“Bom rakyat Palestin yang berlindung di hospital, tempat yang sepatutnya paling selamat jika ada krisis dan peperangan. Inilah kekejaman tiada perikemanusiaan.

“Nyawa rakyat Palestin seperti tidak berharga umpama binatang, malah apa yang mendukacitakan, negara kuasa besar melelapkan mata, berdiam diri dan beri sokongan kepada rejim Israel,” katanya.

Beliau berkata, masyarakat antarabangsa dan PBB perlu melakukan sesuatu untuk menghentikan kekejaman itu yang mencetuskan krisis kemanusiaan.

“Ini bukan krisis agama tapi krisis kemanusiaan, terima kasih Perdana Menteri sampaikan suara rakyat Malaysia di persidangan luar,” katanya.

Mohamad menegaskan, rakyat Malaysia sedih dengan apa dilakukan rejim Zionis dan Israel.

“Kita rakyat Malaysia yang merdeka mesti satu hati beri apa jua bantuan dan sokongan kepada saudara kita di Palestin. Harap ketika di masjid kalau ada tabung kita derma sedikit sebanyak kepada rakyat Palestin.

“Kita tunggu pintu Rafah dibuka untuk hantar bantuan Malaysia kepada Palestin. Kita minta pihak Mesir buka pintu Rafah untuk bantuan dihantar sebanyak mungkin, supaya nasib rakyat Palestin mendapat pembelaan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong berkata, beliau merumuskan isu Palestin sebagai pencerobohan dan rampasan Israel di bumi Palestin, dengan memaksa rakyat negara berkenaan serta seluruh dunia menerima hakikat penjajahan Zionis.

Steven Sim Chee Keong berkata, beliau merumuskan isu Palestin sebagai pencerobohan dan rampasan Israel di bumi Palestin – Alif Omar/Scoop, 24 Oktober, 2023

“Rakyat Palestin ditindas regim Zionis selama 75 tahun. Disebabkan holokus dan penindasan, bukan sahaja rakyat Palestin terkorban nyawa setiap hari, malah dirompak RM16 bilion setahun sejak 1967 serta lebih satu juta pokok zaitun dimusnahkan rejim Zionis

“Kita perlu sokong beli produk hasil Palestin untuk tanda sokongan dan solidariti. Saya menyokong perjuangan kemerdekaan rakyat Palestin,” katanya. – 24 Oktober, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Related