SPRM selesai temu bual saksi bantu siasatan NGO kutip derma rakyat Palestin

Azam berkata, siasatan dijalankan susulan timbul dakwaan pelbagai pihak yang mempersoalkan bagaimana wang derma itu dibelanjakan oleh NGO berkenaan

1:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menemu bual beberapa saksi berhubung siasatan terhadap sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mengutip wang derma untuk rakyat Palestin.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan dijalankan susulan timbul dakwaan pelbagai pihak yang mempersoalkan bagaimana wang derma itu dibelanjakan oleh NGO berkenaan.

Menurutnya, individu yang dipanggil itu adalah mereka yang bertanggungjawab dalam perbelanjaan dan pihak yang mengaudit akaun NGO terbabit.

“Kesemua mereka telah dipanggil pada minggu lepas dan kini SPRM dalam usaha untuk mendapatkan dokumen-dokumen seperti penyata akaun bank dan laporan kewangan NGO berkenaan.

“Saya jangkakan SPRM perlu membuat forensik perakauan terhadap penyata kewangan dan akaun NGO tersebut kerana kita perlu melihat perjalanan keluar masuk wang yang didermakan dan ke mana ia dibelanjakan sama ada ia benar-benar disalurkan untuk kebajikan rakyat Palestin,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Anti-Rasuah Anti-Korupsi Antarabangsa 2023, di sebuah hotel di sini, hari ini.

Azam berkata, pengarah dan pengurusan NGO berkenaan memberikan kerjasama yang baik.

Beliau turut menjelaskan bahawa SPRM mengambil langkah proaktif untuk menjalan siasatan kerana ia melibatkan kepentingan awam.

Minggu lepas, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis menarik balik kebenaran kutipan derma oleh NGO terbabit di surau dan masjid di negeri itu, selepas pihaknya menerima pelbagai aduan terhadap pertubuhan berkenaan.

Sementara itu, Azam berkata, siasatan berhubung percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah bernilai kira-kira RM80 juta melibatkan sebuah kementerian secara rundingan terus, masih berjalan.

“Saya serahkan siasatan kepada pegawai penyiasat SPRM,” katanya serta menambah setakat ini pihaknya belum lagi memanggil bekas menteri pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin bagi membantu siasatan.

Dilaporkan, SPRM telah menahan dua individu berhubung siasatan membabitkan percetakan buku itu. – 24 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Not just stupid, but blatantly insulting: Saravanan slams Era FM’s Thaipusam ‘jokes’

MIC deputy president denounces actions of radio presenters imitating sacred kavadi dance, calling it ‘brainless’ and ‘disgraceful’

Megat Hafiz A.C.A.B tetap saman empat individu yang muat naik hantaran berbaur hasutan, ugutan dan penghinaan

Vokalis dan pemain gitar kumpulan skinhead, A.C.A.B, Megat Hafiz Mohammad atau Magskin memaklumkan salah seorang daripada empat individu yang sebelum ini telah mengeluarkan hantaran jelek berbaur hasutan, penghinaan serta ugutan dengan niat menjatuhkan dirinya telah ditahan polis di Pahang.

Related