Jumpa malam ini! kita tuntut gencatan senjata, kutuk kekejaman Israel: PM

Selain solat maghrib berjemaah, turut diadakan solat hajat dan munajat perdana untuk Gaza serta bacaan doa Qunut Nazilah

12:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak orang ramai menyatakan pendirian tegas mengutuk kekejaman tentera Israel ke atas Palestin sebagai satu pasukan yang berpadu dan utuh. 

Menurutnya, pendirian berkenaan boleh diterjemahkan dengan menghadiri Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, malam ini.

“Kita tuntut gencatan senjata, hentikan serangan, mudahkan bantuan kemanusiaan, noktahkan kezaliman, kesengsaraan dan penderitaan yang telah dialami selama ini. Jumpa malam nanti!” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Seramai 10,000 orang dijangka hadir ke Himpunan Malaysia Bersama Palestin yang dianjurkan bersama lebih 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antaranya Malaysian Humanitarian Aid And Relief (MAHAR) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

Selain solat maghrib berjemaah, turut diadakan solat hajat dan munajat perdana untuk Gaza serta bacaan doa Qunut Nazilah.

Kemuncak program yang berlangsung dari 6 petang hingga 11 malam itu adalah ucapan Perdana Menteri. 

Peserta digalakkan memakai baju berwarna putih serta mengibarkan bendera Palestin dan Jalur Gemilang sebagai tanda solidariti Malaysia kepada Palestin. 

Perdana Menteri telah membawa suara Malaysia ke pentas dunia supaya masyarakat antarabangsa menoktahkan layanan kejam serta sikap hipokrasi terhadap rakyat Palestin semasa lawatan kerja ke Arab Saudi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pertama ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) minggu lalu. 

Beliau juga menegaskan perkara sama semasa pertemuan dengan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan di Istana Vahdettin, Istanbul pada Ahad dan Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi di Kaherah, semalam. – 24 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related