Denda RM5,000 jika tidak lapor penderaan seksual terhadap kanak-kanak

Penguatkuasaan agresif dan tegas akan dilaksanakan termasuk mendakwa orang terdekat seperti cikgu atau jiran yang mengetahui kejadian sedemikian menerusi Seksyen 19 akta berkenaan

6:30 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Individu yang mengetahui wujudnya perbuatan penderaan seksual terhadap kanak-kanak tetapi tidak melaporkan kepada pihak berkuasa boleh didenda hingga RM5,000 di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 1972).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata dalam usaha membendung jenayah tersebut, penguatkuasaan agresif dan tegas akan dilaksanakan termasuk mendakwa orang terdekat seperti cikgu atau jiran yang mengetahui kejadian sedemikian menerusi Seksyen 19 akta berkenaan.

“Saya nak buat secara agresif sebab kalau jiran, ahli keluarga dan guru ambil sikap tidak mahu masuk campur ini akan membebankan kanak-kanak yang jadi mangsa kerana tidak ada orang nak melaporkan,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan sistem eKlinik 6G di sini hari ini.

Menurut akta itu, mana-mana orang yang tidak memberikan maklumat mengenai perlakuan atau niat mana-mana orang lain untuk melakukan kesalahan tersebut, jika mangsa ialah seorang kanak-kanak, kepada pegawai di balai polis berdekatan, boleh disabitkan kesalahan dan didenda maksimum RM5,000.

Azalina berkata beliau akan bertemu dengan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Polis Diraja Malaysia dan pihak mahkamah berhubung penguatkuasaan sepenuhnya akta itu, serta Pesuruhjaya Kanak-Kanak bagi membincangkan usaha mewujudkan kesedaran dalam komuniti.

Setakat ini, katanya tiada sabitan berhubung akta berkenaan. – 23 Oktober, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Related