Pengerusi Viva Palestina Malaysia, Dr Musa mohon maaf namun pertahan pendirian terhadap ‘provokasi’

Tidak menggalakkan peserta melaungkan takbir tidak bermaksud beliau menyekat sepenuhnya ekspresi itu, katanya

4:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pengerusi Viva Palestina Malaysia (VPM), Datuk Dr Musa Mohd Nordin memohon maaf atas kekurangan yang berlaku ketika himpunan Freedom For Palestine anjuran bersama VPM semalam, susulan kecaman daripada orang ramai berhubung beberapa arahan yang dikenakan ke atas peserta.

Dalam beberapa siri ciapan hari ini, Dr Musa bagaimanapun menegaskan bahawa tindakannya untuk tidak menggalakkan peserta melaungkan takbir tidak bermaksud beliau menyekat sepenuhnya ekspresi itu.

Dr Musa berkata tindakannya tidak menggalakkan laungan takbir tidak bermaksud beliau menyekat sepenuhnya ekspresi itu. – Gambar Abdul Razak Latif/Scoop, 23 Oktober, 2023

“Takbir bukan isu. (bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh) Nurul Izzah Anwar and presiden Pertubuhan Ikram Malaysia Badlishah Sham Baharin melaungkan takbir dalam ucapan mereka,” kata Dr Musa.

“Ramai dalam kalangan peserta yang melaungkan takbir, di mana kami tidak sekat. MC (juruacara) cuma mengingatkan peserta bahawa ini adalah himpunan pelbagai agama dan kita melaungkan laungan yang boleh disertai oleh orang ramai.

“Kami berharap untuk menjadi inklusif dalam himpunan kemanusiaan ini,’’ katanya.

Beliau turut mengulangi penafiannya menggelar peserta sebagai ‘zionis’ kerana mengangkat sepanduk mengecam Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

“Saya sebenarnya menjelaskan bahawa kita patut menghormati adab dan kesopanan semasa himpunan. Kita tidak boleh tunduk kepada tahap kebencian (disebarkan) oleh zionis.

“Ini adalah selaras dengan arahan PDRM (Polis Diraja Malaysia) agar kita sentiasa berada dalam lingkungan himpunan kemanusiaan.

“PDRM memberikan arahan jelas kepada pasukan keselamatan kita untuk mengambil tindakan tegas terhadap ucapan kebencian atau poster dan provokasi yang berniat untuk menggagalkan himpunan aman serta kemanusian ini.’’

Semalam, poster mengecam Netanyahu disifatkan sebagai ‘provokatif’ oleh pasukan keselamatan perhimpunan itu. – Gambar Abdul Razak Latif/Scoop, 23 Oktober, 2023

Di akhir ciapannya itu, Dr Musa berkata beliau menyedari terdapat beberapa pihak yang kurang berpuas hati dengan cara kelangsungan perhimpinan ini justeru beliau bagi seluruh pihak VPM berkata: “Kami memohon maaf terhadap segala kekurangan kami.’’

Semalam, Dr Musa memaklumkan Scoop bahawa poster mengecam Netanyahu disifatkan sebagai ‘provokatif’ oleh pasukan keselamatan perhimpunan itu.

Dr Musa juga berkata, sekumpulan rakyat Palestin hadir di perhimpunan berkenaan turut terlibat dengan ‘provokasi’, menyebabkan petugas keselamatan terpaksa mengugut mereka dengan tindakan polis.

“Saya rasa mereka (peserta dari Palestin) tidak berminat untuk mendengar ceramah, mereka terus mengganggu (ceramah). Petugas keselamatan saya memberitahu mereka: ‘Jika anda tidak berkelakuan baik, kami tiada pilihan kecuali melaporkan anda kepada polis dan ini akan menjejaskan keberadaan anda di sini,’’ katanya.

Himpunan Freedom For Palestin turut dianjurkan oleh badan bukan kerajaan MyCare di Dataran Merdeka semalam dengan kira-kira 10,000 peserta menyertainya

Dalam pada itu, pada sidang media di Parlimen hari ini, Ahli Parlimen Bersatu, Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang-PN) berkata larangan melaungkan takbir ketika himpunan telah melanggar peraturan 3R (agama, raja dan kaum).

“Dengan menuduh sesiapa yang melaungkan takbir sebagai ekremis, ini adalah isu 3R. Kenapa peserta dilarang melaungkan takbir? Kenapa isu ini diabaikan?’’ soalnya.

“Ketika saya menuntut di London, saya menyertai protes pro Palestin dan tiada isu untuk melaungkan takbir bersama kumpulan sosialis dan Marxist. Tiada siapa yang mendakwa ia mengguris hati mereka,’’ katanya.

Selain itu, ketua pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden (Kota Setar-PN) mengumumkan PAS akan menganjurkan perhimpunan di luar kedutaan Amerika Syarikat untuk menunjukkan kecaman kepada Israel.

Himpunan itu akan diadakan pada Sabtu (28 Oktober) dan akan membenarkan peserta melaungkan takbir serta kecaman ke atas zionis. – 23 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

MCMC recorded nearly 9,500 reports on cyberbullying in the last three years

Online scams are just behind with 9,321 complaints; 143 reports on child sexual content

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

EPF 2024 dividend rate in 6%-6.2% range expected: analyst

Fund had diversified investments amidst a resilient global economy and other favourable conditions last year, may face a challenging 2025 due to global political and economic uncertainties

Related