Permohonan warganegara: Kebanyakan warga emas gagal ujian bahasa Melayu, ‘terlalu fasih bahasa asing’

Menjawab dakwaan ketidakseriusan KDN mengenai permohonan taraf warganegara, Saifuddin berkata, dalam 10 bulan, 10,381 permohonan warganegara diberi keputusan

1:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kebanyakan pemohon taraf warganegara dalam kalangan golongan warga emas, gagal ujian penguasaan bahasa Melayu, sekali gus menjadi kekangan kepada proses permohonan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ujian penguasaan bahasa Melayu adalah antara syarat bagi permohonan warganegara Malaysia.

Katanya, di luar negara, penguasaan bahasa rasmi atau pertuturan negara berkenaan adalah amalan terbaik yang diteliti kementerian, iaitu mereka yang memohon warganegara dikehendaki boleh berbahasa bahasa rasmi negara berkenaan.

“(Di KDN) Markah tidak lulus (ujian penguasaan bahasa Melayu) adalah satu dan markah lulus lapan…kadang-kadang mereka yang dapat (markah) dua pun, hanya boleh ucap ‘terima kasih’ kita luluskan.

“Kebanyakan mereka yang usia lama ini, terlalu fasih dalam bahasa asing…ini antara kekangan KDN (Kementerian Dalam Negeri) hadapi,” katanya pada sesi Pertanyaan Jawab Lisan pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) berhubung permohonan warganegara golongan warga emas yang tidak diluluskan, selain mengambil masa lama untuk diluluskan.

Menjawab soalan tambahan Lo Su Fui (GRS-Tawau) berhubung dakwaan ketidakseriusan KDN mengenai isu permohonan taraf warganegara, Saifuddin berkata, dalam tempoh 10 bulan, sebanyak 10,381 permohonan warganegara diberi keputusan dengan majoriti kes membabitkan permohonan kanak-kanak.

“Kebanyakan permohonan membabitkan kes anak angkat dan kanak-kanak tidak sah taraf…mereka tak boleh ke sekolah dan terpaksa bayar bil hospital mahal (kerana tiada taraf warganegara).

“Kita minta pegawai di KDN selesaikan ini dahulu, sebaliknya kita ditohmah luluskan puluhan ribu permohonan warganegara kepada rakyat China, ini jahat,” katanya.

Menjawab soalan asal Lo berhubung penyelesaian isu penduduk tidak mempunyai dokumen lengkap untuk permohonan warganegara, Saifuddin menegaskan, beberapa inisiatif dilaksanakan, termasuk Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar).

Program itu, katanya, bagi membantu rakyat, khususnya di kawasan pedalaman mendapatkan dokumen lengkap dan urusan pemohonan warganegara. – 23 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

How is a ham sandwich ‘halal’? Akmal Saleh slams KK Mart outlet on UM campus

Umno Youth Chief says university students have lodged police reports over sandwich bearing halal stamp

Related