MKM kecam tindakan pihak perguna mahasiswa dalam Himpunan Pulangkan Najib

Mahasiswa seharusnya menjadi wajah yang intelektual iaitu seseorang penuntut ilmu yang tidak menjadi perkakas kepada mana-mana entiti: MKM

10:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) mengecam pihak tertentu yang mempergunakan golongan mahasiswa untuk agenda politik dengan mengerahkan mereka menyertai Himpunan Pulangkan Najib (Datuk Seri Najib Razak) yang diadakan di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur, pada Sabtu.

Pengarah Komunikasi MKM, Muhammad Iqbal Harraz Mohd Yaakub berkata, ia telah menjatuhkan martabat mahasiswa apabila mereka menjadi tunggangan sebuah gerakan menuntut pembebasan pesalah yang jelas dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) mengecam pihak tertentu yang mempergunakan golongan mahasiswa untuk agenda politik – Azim Rahman/Scoop, 22 Oktober, 2023

“Kami telah mendapat banyak aduan mengenai usaha-usaha yang dilakukan penganjur untuk mengerahkan mahasiswa dengan menyediakan pengangkutan dan penginapan percuma untuk datang ke himpunan tersebut.

“Kami mengecam budaya dan usaha yang dilakukan oleh penganjur himpunan tersebut yang jelas ingin memobilisasi dan mempergunakan mahasiswa untuk agenda politik yang hanya akan menguntungkan mereka dan bukan rakyat seluruhnya,’’ katanya di sini, hari ini.

Himpunan Pulangkan Najib itu adalah anjuran Pemuda Umno dan Mahasiswa Umno. Turut serta dalam himpunan berkenaan adalah Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh.

Himpunan Pulangkan Najib adalah anjuran Pemuda Umno dan Mahasiswa Umno. Turut serta dalam himpunan berkenaan adalah Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh – Azim Rahman/Scoop, 22 Oktober, 2023

Akmal dalam kenyataannya memaklumkan himpunan tersebut berjaya mengumpul lebih satu juta tandatangan dan petisyen itu akan diserahkan ke Istana Negara pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, telah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Najib bagi setiap tiga pertuduhan pecah amanah dan tiga pertuduhan penggubahan wang haram serta penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International.

Beliau kemudiannya mengemukakan rayuan, namun ditolak oleh mahkamah pada 8 Disember 2021.
Mengulas lanjut, Iqbal berkata mahasiswa seharusnya menjadi wajah yang intelektual iaitu seseorang penuntut ilmu yang tidak menjadi perkakas kepada mana-mana entiti.

Suara anak muda dan mahasiswa yang sejati adalah suara menegakkan keadilan, menolak penyelewengan serta melawan elit yang menindas masyarakat marhaen – Azim Rahman/Scoop, 22 Oktober, 2023

Suara anak muda dan mahasiswa yang sejati adalah suara menegakkan keadilan, menolak penyelewengan serta melawan elit yang menindas masyarakat marhaen.

“Justeru demi kelangsungan Kerajaan Perpaduan dan mengangkat aspirasi Malaysia Madani, kami menyeru rakan kami Mahasiswa UMNO dan Pemuda UMNO agar kekal konsisten dan komited membudayakan politik sihat dalam usaha meningkatkan keterlibatan dan sokongan belia dalam membawa agenda kerajaan,’’ katanya. – 22 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related