Gaza, jangan menangis: Perhimpunan Freedom for Palestine dihadiri 10,000 peserta setakat ini

Begitupun, pihak penganjur menekankan kepentingan perhimpunan hari ini berlangsung secara aman

11:43 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Cuaca mendung hari ini tidak menghalang ribuan peserta berkumpul di Dataran Merdeka untuk menyertai perhimpunan Freedom for Palestine anjuran Viva Palestina Malaysia (VPM) dan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE).

Walaupun perhimpunan itu dijadualkan bermula pada jam 10.30 pagi, kira-kira 1,000 peserta hadir untuk menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi mereka kepada Palestin.

Peserta yang hadir juga dilihat memakai pakaian berwarna bendera Palestin dan keffiyeh sambil mengibarkan bendera negara itu.

Semangat untuk memperjuangkan kebebasan Palestin dizahirkan sebahagian pengunjung dengan melaungkan takbir di perhimpunan Freedom for Palestine. – Gambar Abdul Razak Latif/Scoop, 22 Oktober, 2023

Sekumpulan peserta yang hadir turut melaungkan ‘Free Palestine’ dan ‘Takbir’.

Kira-kira jam 10.40 pagi, peserta dilaporkan mencecah sehingga 2,000 termasuk wanita dan kanak-kanak, serta sekumpulan 100 penunggang motosikal berkuasa besar yang beratur di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Sebahagian pengunjung yang berkumpul di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad sambil membawa sepanduk dan mengibarkan bendera. – Gambar Scoop, 22 Oktober, 2023

Penganjur memberi jaminan perhimpunan itu akan berlangsung secara aman dan terkawal.

Menurut seorang kakitangan keselamatan, 50 hingga 60 anggota polis bersiap sedia untuk memastikan perhimpunan itu berlangsung secara aman.

Katanya, mantan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dijadualkan berucap pada jam 12.25 tengah hari ini.

Sementara itu, puluhan anggota polis dilihat mengawal kawasan berhampiran pentas.

Pengunjung yang datang turut mengenakan gaya yang kreatif dan menarik ke perhimpunan Freedom for Palestine. – Gambar Azim Rahman, 22 Oktober, 2023

Acara diteruskan dengan peserta menaikkan sepanduk menyatakan solidariti untuk kebebasan rakyat Palestin.
Pada masa sama, terdapat peserta yang mengecam kezaliman rejim Zionis dan beberapa lagi mempamerkan sentuhan kreativiti mereka.

Sementara itu, trafik dilaporkan sesak di sepanjang jalan menuju ke Dataran Merdeka.

Difahamkan hanya Jalan Raja sahaja yang ditutup.

Polis menasihatkan peserta Freedom for Palestine untuk berkumpul di padang bagi melancarkan perjalanan program. – Gambar Azim Rahman/Scoop, 22 Oktober, 2023

Polis memberitahu Scoop bahawa jalan itu akan dibuka semula tidak lama lagi dan menggesa peserta tidak berada berdekatan laluan yang sesak itu.

Sebaliknya, mereka digalakkan untuk berkumpul di padang.

Terdahulu, ahli jawatankuasa Freedom for Palestine, Siti Jamilah Sheikh Abdullah berkata, perhimpunan itu dijangka dihadiri kira-kira 30,000 peserta daripada pelbagai latar belakang agama.

Katanya, selain Nurul Izzah, penceramah lain seperti ketua gereja Goh Keat Peng, pelakon dan model terkenal, Kavita Sidhu dan aktivis hak asasi manusia, Tan Zee Kin akan membuat penampilan sebagai tetamu kehormat.

Meskipun jalan sesak, setakat jam 11.20 pagi, jumlah peserta di Dataran Merdeka sudah melebihi 10,000 dengan peningkatan kemasukan peserta dari stesen LRT Masjid Jamek.

Dua peserta, Irdina Huda dan Adam Izzat, berkongsi dengan Scoop bahawa mereka tidak pernah menyertai perhimpunan sebelum ini, tetapi mahu menyertai perhimpunan Freedom for Palestine, hari ini.

“Sokongan kami kepada rakyat Palestin datang dari hati kami,” kata mereka.

Seorang penghibur naik ke pentas untuk memimpin orang ramai melaungkan: “Dari sungai ke laut, Palestin akan bebas!” dan “Gaza Gaza, jangan menangis, Palestin tidak akan mati!”

Kemunculan mantan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar di perhimpunan Freedom for Palestine sememangnya antara yang dinanti-nantikan pengunjung. – Gambar Azim Rahman/Scoop, 22 Oktober, 2023

Peserta dilihat begitu teruja dan ikut serta melaungkan kata-kata itu sambil diiringi paluan gendang.

Mengenai bantuan dan sumbangan, Pengerusi VPM, Datuk Dr Musa Mohd Nordin sebelum ini memberi amaran bahawa penganjur tidak akan mengumpul dana semasa perhimpunan hari ini.

“Pihak keselamatan akan memastikan bahawa ini (pengumpulan dana) tidak akan berlaku pada perhimpunan hari ini.”

Terdahulu, ahli jawatankuasa Freedom for Palestine, Siti Jamilah Sheikh Abdullah berkata, perhimpunan itu dijangka dihadiri kira-kira 30,000 peserta daripada pelbagai latar belakang agama.

Peserta perhimpunan Freedom for Palestine tidak melepaskan peluang merakam kenangan bersama Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil. – Gambar Azim Rahman/Scoop, 22 Oktober, 2023

Katanya, selain Nurul Izzah, penceramah lain seperti pemimpin gereja, Goh Keat Peng, pelakon dan model terkenal, Kavita Sidhu dan aktivis hak asasi manusia, Tan Zee Kin akan membuat penampilan sebagai tetamu kehormat. – 22 Oktober 2023

BERITA LANJUT MENYUSUL

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related