Serangan udara Israel korbankan dua petugas perubatan Palestin di kem pelarian Jenin

Beberapa pejuang Hamas didakwa maut dalam serangan di sebuah masjid di Jenin

9:57 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Israel melancarkan serangan udara ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki, menyebabkan dua pekerja perubatan Palestin terbunuh manakala beberapa yang lain cedera.

Israel hari ini berkata, serangan udara ke atas sebuah masjid di Jenin turut mengorbankan beberapa pejuang Hamas yang menggunakan bangunan itu sebagai pusat arahan untuk merancang serangan.

Sara Khairat Saud dari Al Jazeera berkata, beberapa saksi di kem pelarian Jenin mendengar dan melihat kehadiran sebuah jet pejuang.

Katanya, ia mengejutkan ramai pihak kerana kebiasaannya Israel melakukan serangan udara di Tebing Barat.

Sekurang-kurangnya 4,385 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan bom Israel ke atas Gaza sejak Hamas melancarkan serangan mengejut ke selatan Israel pada 7 Oktober lalu.

Semalam, konvoi bantuan termasuk 20 trak yang hanya membawa makanan dan ubat-ubatan, bukannya bahan bakar, mula memasuki Semenanjung Gaza dari Mesir melalui lintasan Rafah.

Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Baitulmaqdis memaklumkan, mereka menerima maklumat bahawa lintasan sempadan Rafah antara Gaza dan Mesir akan dibuka pada jam 10 pagi waktu tempatan semalam (3 petang waktu Malaysia).

Sementara itu, Israel terus melancarkan bedilan di seluruh Semenanjung Gaza termasuk di selatan wilayah tersebut, lokasi di mana penduduk diarahkan berpindah sebelum ini. – Agensi

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related