Pemilihan 5 jawatan tertinggi PAS: Tiada nama calon baharu kecuali penyandang

Perkara itu perlu diperjelaskan supaya tidak ada mana-mana pihak memanipulasi kenyataan dikeluarkan

8:00 AM MYT

 

SHAH ALAM – Lima jawatan tertinggi dalam PAS tidak dipertandingkan pada Muktamar Tahunan Ke-69 kerana hanya nama penyandang kerusi itu dihantar perwakilan parti di kesemua kawasan berkenaan.

Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, tiada nama calon baharu dihantar PAS kawasan itu, menyebabkan pertandingan tidak diadakan.

Menurutnya, perkara itu menunjukkan secara jelas jawatan tertinggi terbabit, bukan tidak dipertandingkan, sebaliknya semua lima calon disahkan menang tanpa bertanding.

“Tahun ini semua jawatan PAS ada pemilihan daripada Presiden sehingga ahli jawatankuasa, namun maksud tidak dipertandingkan (lima jawatan) kali ini bukan kerana parti melarang ahli, tetapi semua PAS kawasan memang tiada menghantar nama calon untuk bertanding bagi lima jawatan berkenaan.

“Kalau dah tinggal calon tunggal untuk lima jawatan itu, maka buat apa ia dipertandingkan sebab semua bersetuju untuk penyandang sedia ada dikekalkan,” katanya menerusi ceramah sempena Muktamar PAS ke-69 di Ideal Convention Centre (IDCC) di sini, malam tadi.

Afnan berkata, bagi tiga jawatan Naib Presiden, pada asalnya ada pertandingan selepas menerima empat pencalonan membabitkan tiga penyandang serta seorang lagi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Mohd Nor.

“Bagaimanapun Menteri Besar Kedah menarik diri atas alasan tertentu menyebabkan ketiga-tiga calon lain dikira menang tanpa bertanding.

“Perkara inilah perlu diperjelaskan secara terperinci supaya tidak ada mana-mana pihak memanipulasi kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini untuk dipolitikkan,” katanya.

Dalam pada itu, Afnan menegaskan, perkara terbabit membuktikan PAS berbeza sama sekali dengan pemilihan UMNO sebelum ini yang menyaksikan dua jawatan tertinggi parti berkenaan tidak dipertandingkan.

“Mana ada kita sama dengan Umno sebab kita buka pertandingan pemilihan, tak pernah keluar arahan untuk lima jawatan itu tidak dipertandingkan. Siapa nak jadi calon, letaklah, PAS tidak pernah menghalang atau kita sekat, namun disebabkan tiada mahu lawan dan PAS kawasan setuju untuk lima jawatan itu dikekalkan, kita tak pertandingkan.

“Umno pula ramai nak lawan Presiden Umno agar dapat pemimpin baharu yang lebih baik, namun diberi arahan agar jawatan itu serta timbalannya tidak dipertandingkan. Inilah yang kita katakan sanggup berbohong No DAP No Anwar, namun melanggarnya demi kepentingan peribadi,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan, tiada pertandingan bagi lima jawatan tertinggi PAS pada Muktamar Tahunan ke-69 parti itu yang berlangsung 20 hingga 22 Oktober.

Lima jawatan itu adalah presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden. – 21 Oktober, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Rape allegations at centre of preacher Zamri Vinoth’s defamation trial

Witness for defence claims in her testimony that preacher had raped her at his Rahang home in 2018

Related