AS, Britain, Eropah bukan pejuang kemanusiaan, mereka sokong jenayah perang Israel: Mahathir

Tun Dr Mahathir turut berkata, sifat orang AS, Israel, Britain dan Eropah tidak seperti orang yang menggelar diri sebagai manusia yang bertamadun

8:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – “Kita tidak boleh menerima Amerika Syarikat (AS), Britain, dan Eropah sebagai pejuang kemanusiaan kerana negara terbabit menyokong Israel, yang jelas melakukan jenayah perang ke atas Palestin,” demikian tegas mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, tindakan negara tersebut tidak boleh diterima sama sekali malah Israel patut dianggap sebagai pengganas kerana menyerang hospital di Gaza.

“Sebab itu tidak boleh terima sama sekali bahawa orang AS, Israel, Britain dan Eropah seluruhnya adalah pejuang kemanusiaan, kerana sifat mereka tidak seperti orang yang menggelar diri sebagai manusia yang bertamadun,” katanya ketika berucap pada himpunan Hari Kemarahan Terhadap Israel dan Amerika Serta Pembunuhan Kejam Hospital Gaza, hari ini.

Israel patut dianggap sebagai pengganas kerana menyerang hospital di Gaza – Gambar Facebook Wafa News Agency, 20 Oktober, 2023

Ia diadakan selepas solat Jumaat dengan beratus peserta berarak dari Masjid Tabung Haji di Jalan Tun Razak menuju ke kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini.

Perhimpunan itu turut dihadiri oleh mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, bekas naib presiden PKR, Tian Chua dan Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Shaari.

Mantan Ahli Parlimen Langkawi itu juga menyeru rakyat supaya memberi sumbangan berbentuk wang atau makanan untuk membantu mangsa “perang zalim” oleh Zionis.

Sementara itu, Khairy pula berkata, penindasan, penaklukan serta penjajahan Israel ke atas Palestin harus dinoktahkan segera.

“Hospital di Gaza terpaksa beroperasi tanpa elektrik dan air selepas sumber-sumber tersebut dihalang oleh Israel,’’ katanya.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin pula berkata, penindasan, penaklukan serta penjajahan Israel ke atas Palestin harus dinoktahkan segera – Azim Rahman/Scoop, 20 Oktober, 2023

Sementara Anfaal pula menggesa kaum wanita untuk memberikan sokongan kepada Palestin dengan memboikot barangan dan jenama dari Amerika Syarikat.

Perang Palestin-Israel yang tercetus sejak 7 Oktober lalu telah mengakibatkan seramai 3,785 penduduk Gaza terkorban manakala 12,493 orang mengalami kecederaan,

Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan daripada jumlah kematian itu, 1,524 adalah kanak-kanak, manakala 1,000 adalah kaum wanita.

Sementara 44 petugas kesihatan juga terbunuh. Empat hospital dan 14 perkhidmatan penjagaan kesihatan asas kini tidak berfungsi lagi. – 20 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related