Hadi dakwa DAP semakin melampau guna peluru Islamofobia

Dakyah itu didakwa menimbulkan kekeliruan sehingga PAS ditolak bukan Islam, biarpun memiliki lebih banyak kerusi pada PRU-15 dan PRN

4:01 PM MYT

 

SHAH ALAM – PAS mendakwa DAP semakin melampau apabila menggunakan ‘dakyah’ Islamofobia sebagai peluru untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap parti itu.

Menurut Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang, DAP yang sebenarnya bersikap ekstrem terhadap Islam, sehingga menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai, khususnya penganut agama lain.

Katanya, akibat dakyah itu, sukar untuk PAS menyalurkan maklumat secara holistik kepada masyarakat bukan Islam, sehingga mereka menolak parti berkenaan, biarpun ia memiliki lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Tidak mustahil sokongan kaum bukan Islam boleh direalisasikan seperti mana (ahli) DAP boleh membuang undi kepada calon India. Kalau itu boleh dilakukan, takkan kaum Cina tidak boleh undi calon Islam. Inilah bukti maklumat kita (PAS) tidak sampai dek diganggu dakyah negatif terhadap Islam, bukan sahaja di peringkat nasional, malah antarabangsa.

Tan Sri Abdul Hadi Awang juga meminta orang ramai melihat keadaan empat negeri yang diperintah PAS dan bagaimana pemerintahan PAS begitu adil terhadap rakyat bukan Islam – Alif Omar/Scoop, 20 Oktober, 2023

“Hubungan dengan bukan Islam kita tiada masalah sebab sekiranya ideologi Barat boleh diterima mereka, sudah pasti bukan Islam dapat terima ideologi kita yang sudah pun lahir serta berkembang dalam masyarakat kita.

“Di empat negeri kita perintah, boleh dilihat bagaimana pemerintahan PAS begitu adil terhadap rakyat bukan Islam,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Muktamar PAS kali ke-69 di Ideal Convention Centre (IDCC), hari ini.

Sementara itu, Hadi berkata, Kerajaan Perpaduan terbukti tidak mengamalkan konsep yang baik susulan masih bertekad menyekat royalti wajib diberikan kepada Terengganu dan Kelantan.

Ahli Parlimen Marang itu menegaskan, royalti hasil petroleum sebelum ini amat diperlukan kerajaan negeri untuk mengekalkan momentum rangsangan aktiviti ekonomi melalui perbekalan dan perbelanjaan pembangunan negeri.

Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan Malaysia ketika ini agak ‘longgar’ terhadap Palestin kerana masih berpegang kepada resolusi dibuat Amerika Syarikat dan Eropah – Alif Omar/Scoop, 20 Oktober, 2023

Katanya, kerajaan Malaysia ketika ini, agak ‘longgar’ terhadap Palestin kerana masih berpegang kepada resolusi dibuat Amerika Syarikat dan Eropah, dalam keadaan Israel langsung tidak menghormati resolusi antara dua negara itu.

“Kalau kita lihat, Hamas hanya menyasarkan kepada kawasan tentera sahaja sebab Al-Quran sudah menyebut kita tidak boleh membunuh kanak-kanak, wanita, selain musnahkan kediaman orang ramai tapi Israel hentam semua didukung negara Barat.

“Kerajaan harus tegas membawa Israel ke mahkamah jenayah antarabangsa,” katanya. – 20 Oktober, 2023.

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related