Himpunan Solidariti Palestin serah memorandum kecam Israel pada wakil kedutaan AS

Perhimpunan itu diadakan sebagai tanda solidariti ke atas penduduk Palestin yang kini dibedil tentera zionis

2:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR Himpunan Hari Kemarahan Terhadap Israel dan Amerika serta pembunuhan kejam di hospital Gaza diadakan hari ini, selepas solat Jumaat dengan peserta berarak dari Masjid Tabung Haji di Jalan Tun Razak menuju ke kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini.

Ia turut disertai oleh bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Dalam ucapannya di depan perkarangan masjid itu, Khairy mengecam tindakan ganas Israel yang membedil penduduk Palestin di Gaza, hingga kanak-kanak antara yang terkorban.

Himpunan membantah kekejaman Israel itu sebelum ini turut diadakan oleh badan-badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro Palestin pada malam Jumaat lalu.

3.20 petang – Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyampaikan memorandum kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat bersama penganjur iaitu, Pergerakan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Semboyan Malaysia.

3.01 petang – Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Shaari berkata sudah tiba masanya semua pihak mempertimbangkan untuk memboikot barangan Amerika Syarikat.

Antara peserta yang menyertai himpunan hari ini – Abdul Razak Latif/Scoop, 20 Oktober, 2023

2.50 petang – Dalam ucapannya, Tian Chua berkata tidak cukup dengan bantuan perubatan,

“Tidak cukup dunia memberikan bantuan perubatan, tidak cukup dunia bagi bantuan kemanusiaan, tidak cukup kita bagi makanan, kini sudah sampai masa kerana agenda zionis adalah membunuh semua orang Palestin, hari ini sudah sampai masa kita harus bagi senjata kepada orang Palestin.

“Negara yang sokong negara Palestin harus lakukan apa yang negara barat beri pada ukraine, mereka memberikan senjata (barat), sudah sampai masa kita harus sokong Palestin dengan senjata,” katanya.

2.45 petang – Tian Chua yang juga bekas naib presiden PKR turut serta dalam perhimpunan ini.

2.42 petang – Meskipun terdapat tanda-tanda akan hujan, peserta terus bersemangat.

2.33 petang – Peserta berarak sambil membawa bendera Palestin dan melaungkan ‘hidup’ ‘hidup’ Palestin.

Ucapan oleh beberapa NGO yang mengecam kekejaman Israel – Azim Rahman/Scoop, 20 Oktober, 2023

2.25 petang – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut serta dalam perhimpunan berkenaan.

Dalam ucapannya, Dr Mahathir mengecam Amerika Syarikat (AS) yang memberikan sokongan kepada Israel dan ia bermakna mereka menyokong serangan ke atas hospital di Gaza yang merupakan satu jenayah.

“Ini menunjukkan mereka juga adalah pengganas kerana menyokong serangan ke atas hospital,” katanya.

Tambahnya bantuan juga boleh dihulurkan sama ada dalam bentuk wang dan makanan kepada mangsa perang ini.

“Kita akan cuba kumpul seberapa yang boleh untuk menolong mangsa peperangan ini. Insya-Allah bersama kita dan akan capai kejayaan akhirnya,” katanya.

Peserta perhimpunan sempat membakar bendera Israel – Azim Rahman/Scoop, 20 Oktober, 2023

2.20 petang – Kira-kira 400 orang setakat ini dianggarkan menyertai himpunan tersebut.

Peserta bergerak ke kedutaan Amerika Syarikat – Abdul Razak Latif/Scoop, 20 Oktober, 2023

2.13 petang – peserta mula bergerak menuju ke kedutaan AS di Jalan Tun Razak. Mereka membawa bersama sepanduk mengecam Israel. Jalan menuju ke kedutaan itu dikawal oleh anggota polis. – 20 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Elderly, disabled face ‘roadblocks’ as public transport goes fully digital

Consumer group urges government and public transport companies to be more inclusive with digitalisation approach

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related