Pengenalan 3 syarikat penerbangan baharu, tambahan destinasi galak prestasi suku ketiga perjalanan udara negara

Keputusan rakan kongsi menambah 12 destinasi baharu dan menyambung semula tujuh laluan, turut melonjakkan pergerakan penumpang tempatan sebanyak 21.7 juta pada suku lalu

1:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiga syarikat penerbangan dan beberapa destinasi baharu yang diperkenalkan Kumpulan Malaysia Airports (Malaysia Airport Group) di seluruh rangkaian lapangan terbangnya di negara ini, terus meningkatkan prestasi dan pemulihan berterusan perjalanan udara bagi suku ketiga 2023.

Menerusi kenyataannya, syarikat penerbangan negara itu memaklumkan, tiga syarikat berkenaan adalah Salam Air, Super Air Jet dan Sichuan Airlines yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL).

Katanya, syarikat penerbangan rakan kongsi sedia ada pula menambah 12 destinasi baharu dan menyambung semula tujuh laluan.

“Peningkatan dalam tawaran penerbangan ini menyumbang kepada jumlah pergerakan penumpang tempatan sebanyak 21.7 juta pada suku lalu, sekali gus buat pertama kali, ia mencapai pemulihan lebih daripada 80 peratus daripada jumlah trafik suku tahunan, dalam tempoh sama pada September 2019.

“Laluan baharu diperkenalkan adalah KUL-Muscat oleh Salam Air; KUL-Lombok, KUL-Pekanbaru dan KUL-Surabaya (Super Air Jet) serta dan KUL-Haikou (Sichuan Airlines).

“Destinasi baru ditawarkan syarikat penerbangan sedia ada dari KUL adalah Auckland, Jeddah dan Okinawa oleh Batik Air Malaysia; Chengdu (AirAsia X, Air China dan Batik Air Malaysia) serta Shanghai Pudong (China Eastern),” katanya.

Kenyataan itu memaklumkan, perkhidmatan baharu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) adalah Kuala Namu oleh Batik Air Indonesia; Guilin (Batik Air Malaysia); Hong Kong (AirAsia) dan Xiamen (Xiamen Airlines).

“Perkhidmatan baharu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) adalah Chengdu by Batik Air Malaysia dan dari BKI adalah Beijing Daxing (AirAsia),” katanya.

Ujarnya, bagi penyambungan semula destinasi, Batik Air Malaysia menawarkan perkhidmatan penerbangan itu ke Hong Kong, Zhengzhou, Adelaide dan Chennai dari KUL, manakala AirAsia X menyambung semula laluan KUL-Raja Sansi.

Manaka, katanya, bagi BKI (Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu), Shanghai Airlines menyambung semula perkhidmatannya dari Shanghai dan Loong Air dari Xi’an.

Bagi September 2023, kumpulan itu memaklumkan, ia mencatat 6.9 juta jumlah pergerakan penumpang bagi lapangan terbang di Malaysia yang menyumbang 67 peratus daripada keseluruhan prestasi Kumpulan pada 10.3 juta.

Di sebalik taufan yang menjejaskan beberapa kawasan di China, Hong Kong, Macau, Filipina, Taiwan dan Jepun pada September 2023, katanya, lapangan terbang tempatan kumpulan mencatatkan 3.3 juta jumlah penumpang antarabangsa, mencecah 79.3 peratus dan menyaksikan pemulihan trafik bulanan tertinggi sepanjang 2019.

“Sektor domestik mencatatkan 3.6 juta pergerakan penumpang, mencecah 86.7 peratus daripada paras 2019.

“Secara keseluruhannya, prestasi bagi Malaysia pada September 2023 mencapai 83.0 peratus daripada paras September 2019,” katanya.

Sementara itu, kumpulan berkenaan memaklumkan, lapangan terbangnya di Turki, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (SAW) merekodkan 3.4 juta jumlah pergerakan penumpang pada September 2023.

“Ini adalah menggalakkan kerana lapangan terbang terus bertahan di atas paras tiga juta pada akhir musim perjalanan musim panas.

“Pergerakan penumpang antarabangsa dan domestik di SAW bulan lepas masing-masing, mencatatkan 1.8 juta dan 1.7 juta penumpang, menyumbang kepada campuran 52:48 penumpang antarabangsa kepada domestik.

“Bagi asas suku tahunan, SAW mencapai 10.9 juta pergerakan penumpang dengan sektor antarabangsa dan domestik masing-masing, mencatatkan 5.6 juta dan 5.3 juta penumpang,” katanya. – 20 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Related