SHAH ALAM – Muktamar PAS ke-69 hari ini, mencatat sejarah apabila buat pertama kali ia dihadiri mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir yang tiba kira-kira jam 9.50 pagi hadir sebagai ‘tetamu terhormat’ yang disambut Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Kehadiran Mahathir diumumkan Pengarah Muktamar yang juga Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Muktamar tahunan kali ini dirasmikan Hadi di Ideal Convention Centre (IDCC).
Untuk rekod, Muktamar Tahunan PAS kembali diadakan di Shah Alam selepas 10 tahun.
Kali terakhir parti itu mengadakan muktamar di Shah Alam adalah pada November 2013 di Stadium Malawati. – 20 Oktober, 2023