Siapa presiden PAS selepas Hadi?

Lima jawatan tertinggi parti iaitu presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden tidak dipertandingkan pada Muktamar Tahunan PAS ke-69 ini

9:00 AM MYT

 

SHAH ALAM — Pemilihan bagi jawatan tertinggi parti PAS terutama jawatan presiden perlu diadakan pada Muktamar Tahunan akan datang, sebagai persediaan untuk menggantikan pemimpin sedia ada.

Pandangan yang disuarakan oleh perwakilan itu bukan bermaksud untuk menidakkan kepimpinan Tan Sri Abdul Hadi Awang yang kini berusia 76 tahun, apatah lagi beliau telah mengemudi parti dengan cukup cemerlang sejak 2005, namun parti perlu bersedia dalam membariskan kepemimpinan baharu selepas Hadi.

Apatah lagi, kata perwakilan, PAS tidak ketandusan pemimpin berkaliber terutama timbalan presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan tiga naib presiden iaitu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, Datuk Idris Ahmad dan Datuk Seri Mohd Amar Nik Abdullah.

Kata perwakilan, PAS tidak ketandusan pemimpin berkaliber – Alif Omar/ Scoop, 20 Oktober, 2023

Salah seorang perwakilan yang ditemui iaitu Pemuda PAS Tumpat, Mohd Al Amin Awang berkata, beliau melihat ramai calon berkaliber yang boleh menggalas tugas presiden.

“Saya lihat PAS tidak ketandusan calon untuk menjadi presiden. Saya percaya kepada mandat dan pilihan perwakilan.

“Pada sesi muktamar akan datang saya lihat perlu ada pemilihan (jawatan peringkat tertinggi) untuk lihat parti lebih berwajah baharu,” katanya kepada Scoop hari ini.

Lima jawatan tertinggi parti iaitu presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden tidak dipertandingkan pada Muktamar Tahunan PAS ke-69 ini.

Hadi pula mula memangku jawatan presiden PAS pada 2003 selepas kematian presiden ketika itu, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Nor. Beliau disahkan sebagai presiden pada Muktamar 2005.

Pada 2015, Hadi kali pertama telah dicabar untuk jawatan presiden oleh Ahmad Awang. Beliau bagaimanapun berjaya menewaskan Ahmad dengan memperolehi 928 undi, berbanding Ahmad (233 undi).

Hadi juga kemudiannya menang tanpa bertanding pada 2017, 2019, 2021 serta 2023.

Sementara itu, perwakilan Pemuda PAS Larut, Anas Al-Kautsar Mohd Zaini berkata, untuk memastikan parti terus bergerak ke hadapan, ia adalah tanggungjawab perwakilan untuk menaikkan siapa yang layak memimpin PAS.

“Saya rasa semua (timbalan dan naib presiden) berkebolehan (pegang jawatan presiden), tapi biarlah perwakilan menilai siapa yang lebih layak untuk berada di peringkat atas nanti,” katanya.

Ahli PAS Kuala Langat, Mubasyir Zakaria pula berkata beliau yakin perubahan kepimpinan akan tetap berlaku seiring perubahan zaman.

Perwakilan Pemuda PAS Larut, Anas Al-Kautsar Mohd Zaini berkata, untuk memastikan parti terus bergerak ke hadapan ia adalah tanggungjawab perwakilan untuk menaikkan siapa yang layak memimpin PAS – Alif Omar/Scoop, 20 Oktober, 2023

“Lima tahun mendatang, atau dua, tiga tahun mendatang, nak tak nak (parti) memang perlu berubah seiring dengan perubahan zaman dan generasi.

“Presiden sekarang ini mendapat kepercayaan penuh, menang tanpa bertanding dan saya kira itulah hasrat ahli di bawah, penyokong dan pendokong PAS supaya Ayah Chik (Hadi) terus menerajui kepimpinan.

“Cuma kita diajar kena bersedia mempersiapkan generasi pelapis, generasi kepimpinan untuk mengambil baton yang akan diserahkan bila-bila masa sahaja,” katanya.

Beliau berkata, kebiasaan bagi pemilihan dalam parti, timbalan akan mengisi jawatan presiden.

“Tentang calon itu ada yang berkredibiliti, mungkin timbalan presiden, kebiasaannya mana-mana pun kita lihat jawatan kedua tertinggi itu akan naik.

“Tapi kita ada perlembagaan dan majlis syura kita, ahli akan lebih bijak dan matang dalam membuat keputusan untuk masa akan datang, mungkin mereka akan memilih (pemimpin) lebih kepada pendekatan politik baharu atau mungkin kekal memilih dengan politik sederhana dan kekalkan prinsip sedia ada,” katanya. – 20 Oktober, 2023

Topics

Hangat

China’s rising 17-year-old badminton star, Zhang Zhijie, dead after collapsing on court

He was participating in the ongoing Asian Junior Badminton Championships in Indonesia

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Poor driver vetting will steer public away from inDrive, says assault victim’s lawyer

Victim has criticised the company’s lack of transparency and slow response, is prepared to take legal action

Related