Dakwaan NGO seleweng bantuan Palestin: tiada laporan, SPRM tak boleh buka kertas siasatan

SRPM berkata, pihak berwajib juga sukar untuk mengambil tindakan kerana tiada lagi undang-undang khusus mengawal selia kutipan dana NGO.

3:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum menerima sebarang laporan berkaitan dakwaan wujudnya penyelewengan membabitkan badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif mengumpul dana bantuan khususnya untuk rakyat Palestin.

Sumber SPRM berkata, susulan itu kertas siasatan tidak boleh dibuka walaupun pihaknya menyedari ramai pihak tidak berpuas hati dengan cara segelintir NGO mengawal selia kutipan derma dilancarkan mereka.

Jelasnya, pihak berwajib juga sukar untuk mengambil tindakan kerana tiada lagi undang-undang khusus mengawal selia kutipan dana NGO.

“SPRM ada sahaja kes yang sedang dan sudah kita selesaikan berkaitan penyelewengan dana atau bantuan. Namun bagi NGO yang menguruskan sumbangan untuk rakyat Palestin ataupun mana-mana negara yang terjejas disebabkan bencana atau peperangan, kita belum terima sebarang laporan daripada mana-mana pihak.

“Kita tahu memang ada agensi atau orang ramai tidak berpuas hati dengan NGO yang uruskan bantuan di luar negara, tetapi selagi tiada laporan ataupun aduan, SPRM tidak boleh menjalankan siasatan,” katanya kepada Scoop.

Usaha untuk mendapatkan komen Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berhubung perkara tersebut masih belum berhasil kerana panggilan tidak berjawab.

Sebelum ini, berdasarkan laman Facebook rasmi ProMedia Tajdid pada 11 Oktober lalu ada memuat naik surat bertarikh 24 Ogos tahun ini yang dikeluarkan oleh jabatan mufti negeri itu yang meminta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) agar tidak membenarkan kutipan Tabung Aman Palestin dilaksanakan di premis agama Islam negeri itu.

Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin menulis dalam suratnya itu bahawa pihaknya menerusi jabatan mufti negeri itu berpendapat terdapat hal yang tidak jelas dan menimbulkan persoalan berhubung kutipan Tabung Aman Palestin.

Susulan itu, sebarang kutipan Tabung Aman Palestin di setiap premis agama Islam di Perlis sudah pun dihentikan berkuat kuasa 12 Oktober lalu sehingga siasatan terhadap NGO itu selesai.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs), Najmuddin Abdul Karim berkata, walaupun JAIPs ada mengeluarkan surat kebenaran kepada NGO pada Jun lalu untuk melakukan aktiviti berkenaan, ia kini ditarik semula buat sementara waktu.

Katanya, sebelum surat penarikan semula kutipan Tabung Aman Palestin itu dikeluarkan dan dikuatkuasakan, JAIPs sudah pun bertemu dengan wakil NGO berkenaan.

Sementara Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali ketika ditemui Scoop mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak menyalurkan sumbangan bagi membantu rakyat Palestin yang terjejas akibat keganasan di Gaza, kepada tabung derma yang meragukan.

Dalam pada itu, Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) menzahirkan kekecewaan mereka terhadap tindakan tersebut dan menuntut penjelasan daripada Jabatan Mufti Perlis serta JAIPs terhadap perkara yang dibangkitkan.

“Pihak mana yang membuat aduan dan meminta kami disiasat berkaitan wang kutipan yang dikumpulkan. Adakah terdapat sebarang laporan polis, laporan kepada Jabatan Mufti, JAIPs atau SPRM Perlis mengenai wang kutipan tersebut?

“Adakah Jabatan Mufti Perlis boleh memberi arahan secara tersirat supaya JAIPs melarang Aman Palestin membuat kutipan di premis agama Islam sehingga siasatan selesai?” soalnya.

Sehubungan itu, Aman Palestin menegaskan, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang demi mempertahankan nama baik, kewibawaan dan integriti daripada fitnah dilemparkan. – 19 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related