Kes dera kanak-kanak, subjek STEM dan miskin tegar tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 32 hari bermula 9 Okt hingga 30 Nov ini

10:26 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kes dera kanak-kanak, penurunan penyertaan murid sekolah menengah dalam aliran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta miskin tegar bagi golongan B40 antara isu tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) bertanya kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengenai langkah yang diambil kementerian itu dalam mengurangkan kes dera kanak-kanak yang semakin meningkat di negara ini.

Puah yang mengemukakan soalan itu pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri juga ingin tahu bantuan yang akan diberikan kepada mangsa. 

Dalam sesi sama, Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau) meminta Menteri Pendidikan menyatakan langkah menangani isu peratusan murid menengah atas yang menyertai aliran STEM dari 2017 hingga 2022 yang mencatatkan penurunan 45.2 peratus kepada 40.94 peratus, termasuk peranan Jawatankuasa STEM yang ditubuhkan.

Pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan, Mohd Nazri Abu Hassan (PN-Merbok) meminta Menteri Ekonomi menyatakan ketercapaian sasaran kementerian itu dengan kerjasama Pihak Berkuasa Koridor, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Unit Perancang Ekonomi Negeri dan pejabat daerah dalam usaha membasmi isi rumah miskin tegar bagi golongan B40.

Persidangan hari ini juga akan menyambung sesi perbahasan Belanjawan 2024 yang memasuki hari keempat, selepas ia dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lepas.

Berdasarkan takwim Dewan Rakyat, Rang Undang-undang Perbekalan 2024 itu akan dibahas di peringkat dasar selama lapan hari, sebelum sesi jawapan oleh menteri selama empat hari bermula 30 Okt.

Ahli-Ahli Parlimen akan mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang berkenaan di peringkat jawatankuasa selama 12 hari bermula 6 Nov.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 32 hari bermula 9 Okt hingga 30 Nov ini. – 19 Oktober, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Related