Pemuda PAS rancang perhimpunan besar-besaran di tengah KL, protes kekejaman rejim Israel: Fadhli

Ahmad Fadhli berkata, sebagai umat Islam khususnya ahli PAS perlu sentiasa berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir dalam memperjuangkan isu Palestin

11:21 PM MYT

 

SHAH ALAM — Pemuda Pas merancang untuk mengadakan perhimpunan umat Islam besar-besaran di tengah ibu kota Kuala Lumpur sebagai tanda protes terhadap kekejaman rejim Israel ke atas rakyat Palestin.

Ketua Pemudanya, Ahmad Fadhli Shaari, berkata himpunan yang masih belum ditentukan tarikhnya itu akan berarak ke Kedutaaan Amerika Syarikat (AS).

Ahmad Fadhli Shaari berkata perhimpunan besar-besaran yang masih belum ditentukan tarikhnya itu akan berarak ke Kedutaaan Amerika Syarikat (AS) – Alif Omar/Scoop, 18 Oktober, 2023

“Pemuda PAS mengajak semua umat Islam untuk sama-sama kita merancang untuk mengadakan satu himpunan besar-besaran di tengah bandar raya Kuala Lumpur dan kita berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat.

“Bila? Itu akan kita tentukan kemudian,” katanya ketika berucap pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) Ke-64 di sini malam ini.

Hadir sama Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Umat Islam khususnya ahli PAS perlu sentiasa berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir dalam memperjuangkan isu Palestin – Alif Omar/Scoop, 18 Oktober, 2023

Beliau berkata, sebagai umat Islam khususnya ahli PAS perlu sentiasa berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir dalam memperjuangkan isu Palestin.

“Walaupun rakyat Palestin gagal dilemahkan oleh sesetengah negara Arab dan Islam yang telah mengecewakan mereka apabila melaksanakan normalisasi dengan Israel mengikut pengaruh negara Barat, namun semangat mereka tidak luntur malah mereka terus berjuang.

“Mereka menghadapi kezaliman dengan gagah berani, memberikan sumbangan dengan pengorbanan nyawa para syuhada yang bertali arus tidak henti-henti,” katanya. -18 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related