Khairul Aming dipuji dalam Parlimen kerana prihatin akan kesukaran rakyat Palestin

Menurut Ahli Parlimen Padang Terap, Khairul Aming adalah antara contoh pempengaruh di Malaysia yang membuat sumbangan kepada penduduk Palestin

8:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Usahawan dan pencipta kandungan Khairul Aming mendapat pujian di Dewan Rakyat hari ini atas sumbangannya sebanyak RM100,000 kepada rakyat Palestin.

Ahli Parlimen Padang Terap, Nurul Amin Hamid berkata, ia adalah contoh beberapa pempengaruh di Malaysia yang membuat sumbangan kepada penduduk Palestin.

Beliau turut berharap supaya lebih ramai pempengaruh, orang kaya dan usahawan yang berkemampuan untuk menghulurkan sumbangan kepada perjuangan rakyat Palestin.

“Tahniah, contoh yang dibuat Khairul Aming, usahawan Sambal Nyet yang telah menyumbang kepada rakyat Palestin sebanyak RM100,000,” katanya

Pada 15 Oktober lalu, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman mengumumkan menyumbang sebanyak RM100,000 kepada tabung kemanusiaan Cinta Gaza Malaysia (CGM) untuk membantu rakyat Palestin.

Khairul ketika berkongsi perkara berkenaan menerusi media sosialnya berkata sumbangan itu diperolehi menerusi hasil jualan produk keluarannya, Sambal Nyet yang sentiasa mendapat sambutan ramai.

Nurul juga berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bantuan sebanyak RM100 juta kepada penduduk Palestin sebagai tanda solidariti kepada kerajaan.

Justeru beliau mencadangkan supaya gaji menteri dan timbalan menteri dipotong sebanyak 10% untuk disalurkan kepada penduduk Palestin di Gaza.

Sementara itu, agensi berita WAFA melaporkan lebih 55 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, terbunuh hari ini susulan serangan Israel di kawasan perumahan di pelbagai tempat di Semenanjung Gaza.

Jet pejuang turut mengebom kediaman penduduk di timur Khan Younis.

Semalam, ratusan orang awam terbunuh akibat letupan bom di hospital Gaza, ketika kebimbangan meningkat terhadap kekurangan makanan, bahan api dan elektrik di wilayah bergolak itu. – 18 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Malaysia Airlines and the return to chocks: Safety, statistics, and perception – Capt. Kamil

Why does MAS face scrutiny while other carriers remain unchallenged?

‘Comeback’ play from Jiwa, Baljit paves the way for Matadors Hockey Club’s MHL debut

Former national hockey players Jiwa Mohan, Baljit Singh make their return to the game, teaming up with young talents to help Matadors Hockey Club aim for a top-four finish in their MHL debut

Crispy rendang judge leaves Masterchef UK in disgrace

Gregg Wallace accused of sexual harassment, groping and racism

Related