Ini tuduhan serius, kalau ada bukti keluarkan kata PM kepada Hamzah

Menurutnya, dakwaan itu yang timbul selepas Iskandar Dzulkarnain menyatakan sokongan terhadapnya satu tuduhan yang serius dan perlu disiasat

11:20 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk mengemukakan bukti bahawa Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid diugut untuk menyokong Kerajaan Perpaduan.

Menurutnya, dakwaan itu yang timbul selepas Iskandar Dzulkarnain menyatakan sokongan terhadapnya satu tuduhan yang serius dan perlu disiasat.

“Kalau dia ada bukti dia kena bawa kes, tapi apa lagi dia nak kata? Yang saya tahu saya belum jumpa, saya belum ada hubungi atau saya tak hantar wakil. Saya tak tahu siapa yang ugut.

“Kalau ada bukti dia kena keluarkan. Dan kalau ada, ini satu tuduhan yang serius dan dia patut bawa laporan, biar ada siasatan,” katanya dalam program di Putrajaya, hari ini.

Pada masa sama, beliau turut berterima kasih di atas sokongan Iskandar Dzulkarnain dan menegaskan status sebagai pembangkang tidak seharusnya menjejaskan hubungan wakil rakyat dengan kerajaan.

“Saya ucap terima kasih dia beri sokongan, soal dia nak kekal dengan PN itu soal keputusan dia.

“Tapi saya fikir kalau lihat umpamanya apa cuba kita lakukan dengan dasar ekonomi… merakyatkan. Sepatutnya dia beri satu hubungan baik,” katanya.

Terdahulu, Hamzah yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) mendakwa Iskandar Dzulkarnain dibawa bertemu seorang pegawai tertinggi sebuah agensi berkaitan kerajaan di sebuah hotel di Damansara pada 1 Oktober lalu.

Ujarnya, Ahli Parlimen itu diugut akan didakwa atas kesalahan rasuah jika enggan menandatangani kenyataan media yang telah disediakan lebih awal untuk menyokong kerajaan.

“Sebelum itu, pada 26 September 2023, Ahli Parlimen Kuala Kangsar juga didatangi seorang taikun perniagaan yang dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan Perdana Menteri di sebuah lokasi sekitar Damansara.

“Beliau telah ditekan dan didesak untuk menyokong Perdana Menteri serta dijanjikan habuan dan kedudukan dalam beberapa syarikat,” katanya.

Sebelum itu, Iskandar Dzulkarnain mengumumkan menyokong kepemimpinan Anwar selepas meneliti rintihan berterusan pengundi dan menitikberatkan keperluan mendesak menangani kenaikan kos sara hidup di kawasannya.

Beliau bagaimanapun menegaskan tidak akan meninggalkan atau mengkhianati Bersatu dalam apa jua keadaan atas prinsip taat dan setia kepada parti. – 18 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

DBKL slices up Havoc Food Festival in Setapak as traffic complaints boil over

Nik Nazmi steps in after residents complain of congestion, authorities shut down unlicensed event

In latest book ‘Saving the Planet’, Nik Nazmi makes urgent call for climate action

New book offers a Malaysian perspective on the global environmental crisis, highlighting economic and social stakes of climate change

Sports budget allocation: is popularity winning over performance in 2025 funding?

As RM15 million goes to football and RM20 million to e-sports, critics question whether funding priorities reflect merit or strong networks in Malaysian sports

Related