Mahkamah Persekutuan tolak rayuan: Najib, anak perlu bayar cukai pendapatan

Panel lima hakim sebulat suara menolak rayuan itu selepas mendapati Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan tidak ‘dicabuli’, malah cara cukai dikenakan LHDN ke atas mereka, sama seperti dibuat kepada semua rakyat

1:10 PM MYT

 

PUTRAJAYA : Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin masing-masing perlu membayar cukai berjumlah RM1.69 bilion dan RM36.7 juta, selepas Mahkamah Persekutuan di sini, membatalkan rayuan mereka, hari ini.

Kedua-dua mereka memohon mahkamah mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memberikan penghakiman ringkasan cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang memerlukan Najib dan Nazifuddin, menyelesaikan cukai dan penalti belum dibayar.

Dalam rayuan difailkan di mahkamah tinggi, Najib dan anaknya berhujah bahawa Seksyen 106 (3) Akta Cukai Pendapatan 1967 ‘menafikan’ kuasa kehakiman dalam Perkara 5(1), 8(1) dan 121 Perlembagaan Persekutuan.

Panel lima individu diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah serta hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiaim Suan dan Datuk Abu Bakar Jais, sebulat suara menolak rayuan itu tanpa perintah untuk kos, awal hari ini.

Nallini ketika membacakan keputusan itu hari ini,  menegaskan mahkamah mendapati Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan tidak ‘dicabuli’.

Beliau berkata, LHDN mengenakan cukai ke atas anak-beranak itu, seperti cara sama ia dilakukan untuk semua rakyat negara ini.

“Perayu (Najib dan Nazifuddin) tidak dinyatakan untuk layanan diskriminasi atau diperlakukan dengan cara tidak diperuntukkan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Tidak ada asas jelas dalam rekod untuk menyokong perbalahan seperti itu (dan) dengan sewajarnya, tidak ada asas untuk perbalahan bahawa terdapat pelanggaran Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

“Akta ini mempunyai matlamat untuk memastikan cukai dikutip dengan cekap dan cepat demi kepentingan rakyat negara ini secara keseluruhannya, selain Seksyen 106 (3) akta itu, mempunyai hubungan rasional dengan pungutan cukai secara cekap dan cepat, bahawa ia berfungsi bagi memastikan bahawa bagi maksud menguatkuasakan seksyen itu, ia menghalang perkara yang ditangguhkan kepada mod penyelesaian pertikaian yang dinyatakan dalam statut.

“Oleh itu, ia memenuhi aspek ujian bagi Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan dan ujian keabsahan perlembagaan,” katanya.

Najib dan Nazifuddin diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Muhammad Farhan Shafee, manakala peguam kanan hasil Dr Hazlina Hussain serta peguam hasil Norhisham Ahmad.

Mahkamah Tinggi, pada Julai 2020, membenarkan permohonan LHDN supaya penghakiman ringkasan ke atas Najib dan anaknya, bagi mendapatkan semula cukai RM1.69 bilion serta RM37.6 juta yang belum dibayar bagi tempoh antara 2011 dan 2017.

LHDN turut mengeluarkan notis kebankrapan pada 4 Februari 2021 terhadap Najib dan anaknya, berikutan kegagalan mereka membayar jumlah cukai berkenaan.

Sementara itu, Mahkamah Rayuan pada 9 September 2021 menolak rayuan mereka untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi. – 16 Oktober, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Related