Jemputan Muktamar Dewan Pemuda PAS ditangguh kepada negara sokong Israel

Semua negara berkenaan didesak mula bersikap adil, rasional, tidak ‘membisu’ dan tidak ‘pejam mata’ atas jenayah perang dilakukan secara terbuka Zionis

10:03 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Atas dasar kemanusiaan dan solidariti bersama rakyat Palestin, Pemuda PAS menangguhkan jemputan Muktamar Dewan Pemuda parti itu kepada semua negara yang mengisytiharkan sokongan terhadap Israel berhubung konflik di Gaza.

Setiausaha Pemuda PAS, Hanif Jamaluddin berkata, keputusan itu dibuat Pemuda PAS pada Mesyuarat Khas Dewan Pemuda PAS semalam.

“Tindakan ini adalah suatu isyarat kami kepada negara tersebut, supaya berdiri atas dasar keadilan dan kemanusiaan,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, Pemuda PAS mendesak agar semua negara berkenaan mula bersikap adil, rasional, tidak ‘membisu’ dan tidak ‘pejam mata’ atas jenayah perang dilakukan secara terbuka Zionis.

Menurutnya, peristiwa konflik di Gaza sudah semakin meruncing, sehingga ke tahap tidak mampu digambar dek akal.

Hanif berkata, statistik kematian terus meningkat dan kehancuran bangunan serta rumah kediaman akibat pengeboman berterusan tentera Zionis, membuktikan peperangan terbabit bukan sekadar isu geopolitik dan agama semata-mata, sebaliknya ia adalah soal nilai kemanusiaan yang mesti dipertahankan semua pihak.

“Namun, di saat pengeboman rejim Zionis Israel semakin rancak menyasarkan orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak, masih terdapat negara teguh berdiri di belakang mereka.

“Mereka menyatakan sokongan kepada Zionis Israel, seolah meredhai pembunuhan dan genosid dilakukan ke atas warga Palestin di Gaza.

“Pemuda PAS menyatakan kekesalan terhadap negara ini,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, Pemuda PAS akan selamanya berdiri teguh bersama rakyat Palestin atas dasar keimanan dan kemanusiaan.

“Semoga Allah memberkati nyawa saudara seagama kami yang ikhlas jiwanya mempertahankan tanah air yang dijajah selama 7 dekad,” katanya. – 16 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Gopeng says goodbye to beloved 111-year-old soy sauce factory Hup Teck

For over a century, Uncle Tong’s family kept culinary heritage alive with all-natural, sun-fermented soy sauce crafted in age-old earthen pots, a tradition which started in 1914

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related